Monday, April 20, 2026

ASMAULHUSNA ALLAH MAHA KAYA ..



Dalam Asmaul Husna, terdapat dua nama utama yang membawa maksud

 "Maha Kaya",

 iaitu Al-Ghani dan Al-Mughni. 


Walaupun kedua-duanya berkaitan dengan kekayaan, ia mempunyai penekanan makna yang sedikit berbeza:


1. Al-Ghani (الغني) – Yang Maha Kaya

 Allah adalah Zat yang memiliki segala-galanya dan tidak memerlukan bantuan atau sesuatu pun daripada makhluk-Nya.


 Kekayaan Allah adalah mutlak. Dia berdiri sendiri (Independent), manakala semua makhluk sangat bergantung kepada-Nya.


 Mengajar manusia untuk sentiasa berasa cukup (qanaah) dengan kurniaan Allah dan hanya memohon kepada-Nya yang memiliki khazanah langit dan bumi. 



2. Al-Mughni (المغني) – Yang Maha Memberi Kekayaan


 Allah adalah Zat yang menganugerahkan kekayaan dan kecukupan kepada hamba-hamba yang dikehendaki-Nya.


 Allah bukan sahaja kaya, tetapi Dia juga yang memperkayakan makhluk-Nya—sama ada melalui harta benda, ketenangan hati, atau ilmu. 




88. Al-Ghaniy: ( الغنى ) Maha Kaya Raya / Maha Kaya serta Serba Lengkap,


 iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya.



Fadhilat Al Ghaniy


Amalkanlah zikir


 ‘Ya Ghaniy’ ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat keberkatan.


Sesiapa menyebut

 ‘Ya Ghaniy’ berulang-ulang, InsyaAllah akan bersyukur dan tidak akan ada hasad dengki.


Apabila ‘Ya Ghaniy’ 

 dibacakan pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan orang lain sebanyak 1060 kali, InsyaAllah akan segera sembuh dari penyakitnya.


Bagi mengubati sebarang penyakit rohani atau jasmani, zikirkan

 ‘Ya Ghaniy’ setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah akan cepat sembuh.


Sesiapa menyebut 

‘Ya Ghaniy’ sebanyak 70 kali setiap hari, InsyaAllah akan diberikan kekayaan dan keberkatan.


89. Al-Mughnii: ( المغنى ) Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan,

 iaitu memberikan kelebihan yang berupa kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.  

Fadhilat Al Mughniy


Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir

 ‘Ya Mughniy’, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

Apabila dibaca

 ‘Ya Mughniy’  pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, InsyaAllah akan memjadi kaya berkat kurniaan Allah SWT.


Sesiapa menyebut

 ‘Ya Mughniy’ sebanyak mungkin pada 10 kali Jumaat, InsyaAllah tidak akan mengalami kekurangan sesuatu apapun.



  WALLAHU A'LAM ..

No comments:

"Setiap ucapan adalah doa" ..

"Setiap ucapan adalah doa" bermaksud kata-kata yang keluar dari lisan membawa tenaga, pengaruh, dan berpotensi menjadi kenyataan. ...