surah al hasyr ayat 21-24 ..

Saturday, May 16, 2026

HARI ARAFAH 9 ZUL HIJJAH ..


 

ZIKIR HARI ARAFAH ..

Sabda Nabi SAW:

مَا الْعَمَلُ فِي أَيَّامٍ أَفْضَلَ مِنْهَا فِي هَذِهِ؟ قَالُوا: وَلَا الْجِهَادُ؟ قَالَ: وَلَا الْجِهَادُ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ يُخَاطِرُ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، فَلَمْ يَرْجِعْ بِشَيْءٍ

Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini.

Para sahabat bertanya:

Walaupun Jihad?

Baginda menjawab:

Tidak juga Jihad, kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan tidak kembali lagi.

Riwayat al-Bukhari (696)

Jangan lepaskan peluang dengan memperbanyakkan amal soleh pada Hari Arafah.




STAND BY ..

 9 ZUL HIJJAH

 HARI ARAFAH ..


Keutamaan dan Keberkatan Puasa Hari Arafah


Puasa pada hari Arafah mempunyai kelebihan yang besar menurut hadis Nabi Muhammad SAW. 


Rasulullah bersabda:


Diampunkan dosa tahun lalu dan dosa tahun akan datang bagi orang yang berpuasa pada hari Arafah.

 (Riwayat Muslim) 




Zikir terbaik dan paling afdhal pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) ialah Kalimah Tauhid. 


Rasulullah SAW bersabda, sebaik-baik zikir yang diucapkan oleh baginda dan para nabi sebelum baginda adalah:


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ، ولَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ


(La ilaha illallahu wahdahu la syarika lah, lahul mulku walahul hamdu, wa huwa ‘ala kulli syai-in qadir)


 "Tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu."


Panduan ringkas amalan

 Hari Arafah:


Perbanyakkan Istighfar:

 Memohon keampunan Allah SWT.


Doa:

 Hari Arafah adalah kemuncak hari yang paling mustajab untuk berdoa




WALLAHU A'LAM ..



No comments:

AYATUL KURSI 100 TIMES ..

Membaca Ayat Kursi sebanyak 100 kali merupakan satu amalan bertenaga yang membawa pelbagai kelebihan rohani dan jasmani basarkan pandangan u...