Golongan
yang meninggal dunia akibat runtuhan bangunan atau gempa bumi merupakan
mereka yang tergolong dalam kategori orang yang mati syahid akhirat dan
jenazahnya perlu diuruskan seperti jenazah-jenazah yang lain
mengikut syariat islam
Huraian Jawapan
Alhamdulillah,
segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar
Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta
orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Orang yang mati syahid mempunyai kedudukan dan darjat yang tinggi di sisi Allah SWT.
Firman Allah SWT:
وَٱلَّذِينَ
ءَامَنُوا۟ بِٱللَّهِ وَرُسُلِهِۦٓ أُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلصِّدِّيقُونَ ۖ
وَٱلشُّهَدَآءُ عِندَ رَبِّهِمْ لَهُمْ أَجْرُهُمْ وَنُورُهُمْ ۖ
وَٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ وَكَذَّبُوا۟ بِـَٔايَـٰتِنَآ أُو۟لَـٰٓئِكَ
أَصْحَـٰبُ ٱلْجَحِيمِ
Maksudnya:
“Orang
yang beriman kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya, merekalah pada sisi
(hukum) Tuhan mereka, (orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi
darjatnya) seperti orang "Siddiqin" dan orang yang mati Syahid; mereka akan beroleh pahala dan cahaya. Dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli Neraka.”
Surah al-Hadid (19)
Imam Ibn
Kathir menjelaskan dalam tafsirnya berkenaan orang-orang yang mati
syahid di jalan Allah SWT akan memperoleh pahala yang besar di sisi-Nya
dan cahaya yang terang benderang di hadapan mereka[1].
Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang mati di jalan Allah
SWT dalam apa jua jenis keadaan, maka dia dikira sebagai syahid.
Ulama
berpandangan mati syahid merupakan rahmat Allah SWT kepada mereka
sebagai satu kelebihan atas kesakitan dan keperitan yang dialami saat
kematiannya.[2]
Terdapat
beberapa hadis yang menceritakan berkenaan hal ini. Antaranya ialah
hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA dalam Sahih Muslim[3] dan Sahih Bukhari[4], sabda Nabi SAW:
الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ، وَالْمَبْطُونُ، وَالْغَرِقُ، وَصَاحِبُ الْهَدْمِ، وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ .
Maksudnya:
Orang
yang mati syahid lima golongan iaitu orang yang mati kerana taun, mati
kerana penyakit perut, mati lemas,orang yang ditimpa runtuhan dan syahid
di jalan Allah.
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Dalam al-Muwatha’, Imam Malik menyebut sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Jabir bin ‘Atik bahawa Nabi SAW bersabda[5]:
الشُّهَدَاءُ
سَبْعَةٌ سِوَى الْقَتْلِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ: الْمَطْعُونُ شَهِيدٌ،
وَالْغَرِيقُ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ ذَاتِ الْجَنْبِ شَهِيدٌ، وَالْمَبْطُونُ
شَهِيدٌ، وَالَّذِي يَمُوتُ تَحْتَ الْهَدْمِ شَهِيدٌ، وَالْمَرْأَةُ
تَمُوتُ بِجُمْعٍ شَهِيدٌ، وَصَاحِبُ الْحَرِيقِ شَهِيدٌ.
Maksudnya:
“Orang
yang mati syahid selain terbunuh di jalan Allah ada tujuh ;
iaitu
korban wabak taun adalah syahid,
mati kerana tenggelam adalah syahid,
penderita penyakit radang paru-paru adalah syahid,
mati kerana sakit
perut adalah syahid,
mati akibat tertimpa runtuhan adalah syahid,
seorang wanita yang mati kerana melahirkan anak adalah syahid dan orang
yang mati kerana kebakaran adalah syahid.”
(Riwayat Malik)
Menurut penilaian Imam Nawawi, hadis ini sahih tanpa sebarang khilaf.[6]
Secara
ringkasnya, Imam Syihabuddin al-Ramli berpandangan bahawa orang yang
mati dalam keadaan syahid boleh dikategorikan kepada tiga golongan iaitu[7]:
Syahid di dunia dan akhirat
iaitu orang yang gugur terbunuh dalam medan peperangan di jalan Allah
SWT kerana menentang golongan kafir dan berniat ikhlas untuk meninggikan
kalimah Allah SWT.
Golongan ini baginya pahala di dunia dan akhirat.
Syahid di akhirat sahaja
iaitu orang yang terbunuh dalam keadaan dizalimi tetapi bukan gugur
terbunuh di medan peperangan.
Mereka ini tergolong dalam hadis yang
disebutkan di atas seperti orang yang mati kerana lemas, orang mati
dalam runtuhan, orang yang mati kerana penyakit perut dan orang yang
mati dalam kebakaran.
Syahid di dunia sahaja
iaitu orang yang berperang di jalan Allah SWT tetapi berniat
semata-semata untuk mendapatkan harta rampasan perang, terbunuh ketika
sedang cuba melarikan diri daripada medan peperangan, berperang hanya
kerana riya dan lain-lain lagi.
Terdapat
perbezaan berkenaan kaedah pengurusan jenazah bagi ketiga-tiga golongan
ini.
Golongan syahid dunia dan akhirat tidak perlu dimandikan
jenazahnya, tidak perlu dikafankan bahkan hanya memadai memakai
pakaiannya ketika mati dan tidak perlu disolatkan. Jenazah mereka boleh
terus ditanam dan dikebumikan.
Adapun golongan syahid akhirat maka akan
mendapat pahala syahid di akhirat dan wajib ke atas jenazahnya untuk
diuruskan seperti dimandikan, dikafankan dan disolatkan seperti biasa[8].
Manakala bagi golongan syahid dunia, maka jenazahnya tidak perlu dimandikan dan tidak perlu disolatkan[9].
Golongan ini tidak mendapat pahala syahid yang sempurna di akhirat
kerana secara zahirnya mereka itu mati berperang di jalan Allah SWT
namun persoalan pahala dan dosa itu terserah kepada Allah SWT[10].
Berdasarkan
kepada persoalan di atas, orang islam yang mati akibat berlakunya gempa
bumi termasuk dalam kategori kumpulan kedua iaitu golongan yang syahid
akhirat sahaja. Ini kerana, mereka juga mengalami situasi yang sama
iaitu mati dalam keadaan ditimpa runtuhan bangunan sebagaimana yang
disebutkan oleh Imam al-Nawawi:
وَصَاحِبُ الْهَدْمِ من يموت تحته
Maksudnya:
“Orang yang ditimpa runtuhan adalah mereka yang mati di bawah runtuhan tersebut.”
Kesimpulan
Tuntasnya,
mereka yang mati akibat berlakunya gempa bumi dan ditimpa runtuhan
bangunan termasuk dalam golongan mereka yang mati syahid akhirat sahaja
seperti mana jelas dinyatakan dalam hadis tersebut. Mereka tetap
mendapat pahala akhirat seperti mana janji Allah SWT ke atas mereka dan
jenazah tersebut juga perlu dikendalikan seperti jenazah-jenazah yang
lain mengikut syariat islam.
Wallahu a’lam.
Imam al-Tirmizi meriwayatkan hadis ini dengan sanadnya. Kata beliau :
“Ubaid
Bin Asbat Bin Muhammad al-Qurasyi al-Kufi menceritakan kepada kami.
Ayahku (Asbat Bin Muhammad) menceritakan kepada kami. Abu Sinan
al-Syaibani menceritakan kepada kami daripada Abu Ishak al-Sabi’ie.
Beliau berkata: Sulaiman Bin Suradin berkata kepada Khalid Bin ‘Urfutah
atau Khalid berkata kepada Sulaiman
أَمَا
سَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ مَنْ قَتَلَهُ
بَطْنُهُ لَمْ يُعَذَّبْ فِى قَبْرِهِ فَقَالَ أَحَدُهُمَا لِصَاحِبِهِ
نَعَمْ
Maksudnya :”:
Tidakkah engkau mendengar Rasulullah SAW bersabda :sesiapa yang dibunuh
oleh perutnya (iaitu sakit perut) dia tidak akan di azab di dalam
kuburnya.
Salah satu dari kedua-duanya (iaitu Khalid dan Sulaiman)
berkata kepada yang lain :
Ya aku pernah mendengar hadis tersebut.
Riwayat al-Tirmizi (1085)
Imam
al-Tirmizi memberi komentar berkenaan hadis ini bahawa ini adalah hadis
hasan gharib di dalam bab ini dan hadis ini telah diriwayatkan di dalam
bentuk yang lain.
Rujuk Jami’ al-Tirmizi (4/328)
Ibnu Hibban pula meriwayatkan dengan sanadnya berkata : :
”Al-Fadhl
Bin Al-Hubab mengkhabarkan kepada kami.
Beliau berkata:
Abu Walid dan
Al-Haudi menceritakan kepada kami.
Kedua-duanya berkata :
Syu’bah
menceritakan kepada kami daripada Jami’ Bin Syaddad.
Beliau berkata :
سَمِعْتُ
عَبْدَ اللَّهِ بْنَ يَسَارٍ ، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ صُرَدٍ ، وَخَالِدِ
بْنِ عُرْفُطَةَ ، أَنَّهُمَا بَلَغَهُمَا أَنَّ رَجُلًا مَاتَ بِبَطْنٍ ،
فَقَالَ أَحَدُهُمَا : أَلَمْ يَبْلُغْكُمْ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ قَتَلَهُ بَطْنُهُ لَمْ يُعَذَّبْ
فِي قَبْرِهِ. قَالَ الْآخَرُ : صَدَقْتَ وَقَالَ الْحَوْضِيُّ : بَلَى
Maksudnya:
Aku mendengar daripada Abdullah Bin Yasar daripada Sulaiman Bin Suradin
dan Khalid Bin ‘Urfutah, kedua-duanya dimaklumkan bahawa ada seorang
lelaki yang mati kerana sakit perut. Salah satunya berkata : Tidakkah
sampai kepada kalian bahawa Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang
dibunuh oleh perutnya (sakit perut) di tidak akan diazab di dalam
kubur.
Kata yang seorang lagi :
Engkau benar.
Al-Haudi berkata : Benar.”
Riwayat Ibnu Hibban (2933) di dalam sahihnya.
Sheikh Syu’aib Al-Arnaut di dalam kajiannya terhadap hadis ini beliau menyatakan sanad hadis ini adalah sanad sahih.
Al-Tabarani di dalam Al-Mu’jam Al-Kabir meriwayatkan hadis ini dengan sanadnya. Beliau berkata :
”
Muhammad Bin Al-Fadhl Al-Saqati menceritakan kepada kami.
Sa’id Bin
Sulaiman menceritakan kepada kami.
Ayub Bin Jabir menceritakan kepada
kami. Jami’ Bin Syaddad daripada Abdullah Bin Yasar al-Juhani.
Beliau
berkata :
قَالَ
سُلَيْمَانُ بن صُرَدٍ ، لِخَالِدِ بن عُرْفُطَةَ : أَمَا سَمِعْتَ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَنْ قَتَلَهُ
بَطْنُهُ لَمْ يُعَذَّبْ فِي قَبْرِهِ ؟ قَالَ خَالِدٌ : نَعَمْ
Maksudnya
:
“Sulaiman Bin Suradin berkata kepada Khalid Bin Urfutah : Tidakkah
engkau mendengar Rasulullah SAW bersabda :
Sesiapa yang dibunuh oleh
perutnya, dia tidak akan diazab di kuburnya.
Khalid berkata : Ya.”
Riwayat al-Tabarani (3995) di dalam Al-Mu’jam Al-Kabir
Di dalam Musnad Ahmad, Imam Ahmad pernah meriwayatkan hadis ini dengan tiga jalan riwayat.
- Muhammad Bin Jaafar telah
menceritakan kepada kami,Syu’bah menceritakan kepada kami daripada Jami’
Bin Syaddad daripada Abdullah Bin Yasar.
- Beliau berkata :
-
كُنْتُ
جَالِسًا مَعَ سُلَيْمَانَ بْنِ صُرَدٍ ، وَخَالِدِ بْنِ عُرْفُطَةَ
وَهُمَا يُرِيدَانِ أَنْ يَتْبَعَا جِنَازَةَ مَبْطُونٍ ، فَقَالَ :
أَحَدُهُمَا لِصَاحِبِهِ ، أَلَمْ يَقُلْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : مَنْ يَقْتُلُهُ بَطْنُهُ ، فَلَنْ يُعَذَّبَ فِي
قَبْرِهِ ؟ فَقَالَ : بَلَى
Maksudnya,:
“Aku duduk bersama Sulaiman Bin Suradin dan Khalid Bin ‘Urfutah.
Kedua-duanya mahu mengiringi satu jenazah yang mati disebabkan sakit
perut.
Salah seorang daripada keduanya berkata kepada yang seorang lagi :
Bukankah Rasulullah SAW bersabda :
sesiapa yang dibunuh oleh perutnya,
maka dia tidak akan diazab di kuburnya?.
Seorang lagi berkata: Ya,
betul.”
Riwayat Imam Ahmad (18500)
Dengan sanad yang lain juga beliau meriwayatkan hadis ini.
Kata Imam Ahmad :
Bahzun
menceritakan kepada kami. Syu’bah menceritakan kepada kami. Jami’ Bin
Syaddad mengkhabarkan kepada aku.
Beliau berkata :
Aku mendengar
Abdullah Bin Yasar menyebut :
كَانَ
سُلَيْمَانُ بْنُ صُرَدٍ ، وَخَالِدُ بْنُ عُرْفُطَةَ قَاعِدَيْنِ قَالَ :
فَذُكِرَ أَنَّ رَجُلاً مَاتَ بِالْبَطْنِ ، فَقَالَ أَحَدُهُمَا
لِصَاحِبِهِ : أَمَا سَمِعْتَ ، أَوَمَا بَلَغَكَ ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ مَنْ قَتَلَهُ بَطْنُهُ ،
فَلَنْ يُعَذَّبَ فِي قَبْرِهِ ؟ قَالَ الآخَرُ : بَلَى
Maksudnya :
”Pernah
terjadi di mana Sulaiman Bin Suradin dan Khalid Bin ‘Urfutah duduk
bersama-sama.
Kata Abdullah :
Kemudian disebut tentang seorang lelaki
yang mati kerana sakit perut.
Salah seorang menyebut :
tidakkah engkau
mendengar atau tidakkah sampai kepada engkau bahawa Rasulullah SAW
bersabda :
Sesiapa yang mati kerana sakit perut dia tidak akan diazab di
kuburnya.
Seorang lagi berkata : Benar.”
Riwayat Imam Ahmad (18501)