Kalimah Lailahaillallah
(لاَ إِلَهَ إِلَّاالله)
adalah
kalimah yang besar ertinya disisi Islam.
Ia adalah suatu kalimah yang
mengandungi makna yang menafikan terhadap segala bentuk penyembahan
selain daripada Allah s.w.t dan ia juga menetapkan bahawa penyembahan
itu wajib ditujukan kepada Allah s.w.t semata-mata.
Firman Allah s.w.t
Rasululullah s.a.w bersabda:
Maksud ikhlas di dalam hadith diatas adalah orang yang benar-benar memahami dengan sebenar-benarnya pengertian kalimah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله itu,
فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ
"Maka
tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa
sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah"
(Muhammad:19)
مَنْ قَالَ لاَإِلَهَ إِلاَّالله مُخْلِصًا دَخَلَ الْجَنَّةَ
"Barangsiapa yang berkata
'tidak ada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah
(لاَ إِلَهَ إِلَّاالله)'
dengan ikhlas,
maka Allah akan memasukannya ke dalam syurga '"
(Riwayat Ahmad: Sahih)
Maksud ikhlas di dalam hadith diatas adalah orang yang benar-benar memahami dengan sebenar-benarnya pengertian kalimah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله itu,
kemudian mengamalkannya lalu mendahulukan erti dan maksud kalimah ini
dalam mentauhidkannya.
Ini kerana kalimah ini mengandungi pengesaan
kepada Allah s.w.t, yang juga tujuan diciptakan seluruh manusia, jin dan
alam ini.
"Wahai ayah saudaraku,
Rasulullah s.a.w sendiri pernah menyeru kepada ayah saudaranya, Abu Thalib saat dia sedang nazak:
يَا عَمَّ قُلْ لاَإِلَهَ إِلَّااللهُ كَلِمَةً أُحِجُّ لَكَ بِهَا عِنْدَاللهِ، وَأَبَى أَنْ يَقُولَ: لَاإِلَهَ إِلَّااللهُ
katakanlah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله sebuah
kalimah yang kelak akan menjadi hujjah atas keislamanmu di hadapan
Allah s.w.t.
Namun ayah saudaranya itu enggan menucapkannya"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
(Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).
Rasulullah s.a.w tinggal di Makkah
selama tiga belas tahun dan dalam tempoh masa itu,
Baginda senantiasa
menyeru kepada kaumnya agar mengucap kalimah tauhid ini.
"Katakanlah لاَ إِلَهَ إِلَّاالله ,
namun mereka menjawab
"Kami disuruh untuk menyembah kepada satu Tuhan
sahaja?
Sungguh ini adalah suatu perkataan yang aneh yang belum pernah
kami dengar sebelum ini! ".
Ini kerana mereka sebenarnya mengetahui
dengan sebenarnya makna kalimah ini bererti mereka tidak akan menyembah
sesuatu selain Allah Tuhan Yang Esa memandangkan tuhan mereka
sebelumnya begitu banyak sekali.
Ini menyebabkan mereka tidak mahu
mengikut seruan Rasulullah s.a.w.
Sikap mereka ini telah disebut oleh
Allah dalam firmanNya dalam surah As-Saffat ayat 35-37:
إِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ
"Sebenarnya mereka dahulu apabila dikatakan kepadanya;"
(ketahuilah, bahawa) tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah" -
mereka bersikap takbur mengingkarinya, "
وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُو آلِهَتِنَا لِشَاعِرٍ مَّجْنُونٍ
"Serta
mereka berkata:
" Patutkah kami mesti meninggalkan tuhan-tuhan yang kami
sembah, kerana mendengar ajakan seorang penyair gila?"
بَلْ جَاءَ بِالْحَقِّ وَصَدَّقَ الْمُرْسَلِينَ
(Tidak! Nabi Muhammad bukan penyair dan bukan pula seorang gila) bahkan ia telah membawa kebenaran (tauhid), dan mengesahkan kebenaran (tauhid) yang dibawa oleh Rasul-rasul (yang terdahulu daripadanya).
Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
مَنْ قَالَ لاَ إِلَهَ إِلَّااللهُ وَكَفَرَ بِمَا يُعْبَدُ مِنْ دَوْنِ اللهِ حَرُمَ مَالُهُ وَدَمُهُ
"Barang siapa mengucap kalimah
لاَ إِلَهَ إِلَّاالله
dan mengingkari adanya sembahan lain selain daripada Allah,
maka harta dan darahnya haram untuk dirampas "
(Riwayat Muslim)
wallahu a'lam ..
No comments:
Post a Comment