Saturday, April 12, 2025

SETIAP 100 TAHUN LAHIR MUJADID ..


 


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
 
Hadith ini begitu masyhur dan sering kita dengar apabila masyarakat berbicara berkenaan transformasi untuk sesuatu perkara sehinggakan para ulama’ mengarang beberapa karya bagi menentukan siapakah tokoh yang digelar sebagai mujaddid atau reformis. Hadith di bawah yang sering digunakan adalah seperti berikut, diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda :
 
إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الْأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا
 
Maksudnya :
 
 “Sesungguhnya Allah SWT mengutuskan untuk umat ini setiap seratus tahun orang-orang yang akan memperbaharui agama ini (daripada segala penyimpangan)" 
 
Riwayat Abu Daud (3740) dalam Kitab al-Malahim, Bab Apa yang Disebut pada Kurun ke-100,  dan al-Hakim (4:522) dalam al-Mustadrak.  
 
Hadith ini dinilai sahih oleh al-Albani (599) dalam Silsilah-nya, .
 
Makna al-Hadith
 
• Daripada hadith ini, kita memahami bahawa Allah SWT akan mengutuskan kepada umat ini setiap seratus tahun orang-orang yang akan membantu masyarakat agar mereka tidak tersesat dan terpesong daripada agama ini dan dalam masa yang sama akan menjaga kesucian agama ini daripada unsur-unsur yang boleh mencemarkan ketulenan agama ini.
 
 Oleh itu, setiap orang muslim yang mengaku beriman perlu mempercayai hadith ini. 
 
 
WALLAHU A'LAM ..
 
 

No comments:

ZIKIR LAILAHAILLALLAHU WAHIDUL QAHHAR ..