Friday, June 20, 2025

ZIKIR SURAH ALI IMRAN AYAT 26 DAN 27 ..


 Ayat 26 & 27 Surah Ali 'Imran

Ayat 26:

قُلِ ٱللَّهُمَّ مَـٰلِكَ ٱلْمُلْكِ تُؤْتِى ٱلْمُلْكَ مَن تَشَآءُ وَتَنزِعُ ٱلْمُلْكَ مِمَّن تَشَآءُ وَتُعِزُّ مَن تَشَآءُ وَتُذِلُّ مَن تَشَآءُ ۖ بِيَدِكَ ٱلْخَيْرُ ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya:

 "Katakanlah (wahai Muhammad):

 Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! 

Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki,
 dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. 
Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.
 Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan.
 Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Ayat 27:

تُولِجُ ٱلَّيْلَ فِى ٱلنَّهَارِ وَتُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِى ٱلَّيْلِ ۖ وَتُخْرِجُ ٱلْحَىَّ مِنَ ٱلْمَيِّتِ وَتُخْرِجُ ٱلْمَيِّتَ مِنَ ٱلْحَىِّ ۖ وَتَرْزُقُ مَن تَشَآءُ بِغَيْرِ حِسَابٍ

Maksudnya:

 "Engkaulah yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, 

dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam.

 Engkaulah juga yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari benda yang mati, 
dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari makhluk yang hidup. 
Engkaulah juga yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya."


Jika dijadikan ayat 26-27 sebagai amalan wirid harian, 
 
Insya’Allah dapat menjadi karamah, meluaskan rezeki, melangsaikan hutang dan menunaikan segala hajat. 

 Nabi Muhammad ﷺ bersabda kepada Saidina Muaz, 

“Aku ajarkan kepadamu dua potong ayat. 
 
Dua ayat al-Quran dari Surah Ali Imran iaitu ayat 26-ayat 27. 
 
Jika engkau mahu mengamalkannya, Allah akan meluaskan rezekimu untuk menjelaskan semua hutangmu, walaupun hutangmu sebesar gunung banyaknya.” 
 
 WALLAHU A'LAM ..

No comments:

AL GHURABA ..

Menurut Imam Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullah dalam kitabnya Kasyf al-Kurbah Bi-Wasfi Hal Ahl al-Ghurbah, al-ghuraba' (orang-orang yan...