wallahu a'lam ..
سُبْحَانَ اللهِ ، وَالْحَمْدُ ِللهِ ، وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ ، وَاللهُ أَكْبَرُ لاحول ولا قوة الا بالله
Saturday, May 31, 2025
THE MUFFARIDUN ..
Friday, May 30, 2025
DOA DLM SURAH AL AHQAAF 46:15 ..
"Wahai Tuhanku,
ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
Wednesday, May 28, 2025
DOA DARI SURAH AL AHQAAF .. AYAT 15
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.
Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata:
"Wahai Tuhanku,
ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)".
(Al-Ahqaaf 46:15) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark
TANDA SYUKUR - ALHAMDULILLAH
Bersyukur kunci kebahagiaan
Bersyukur merupakan kunci kebahagiaan. Tatkala kita menghargai dan bersyukur atas apa yang kita miliki, Allah SWT akan membuka pintu kebahagiaan dan kedamaian. Berhenti mempersoalkan nikmat yang tidak dimiliki kerana Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Apabila jiwa dipenuhi dengan kesyukuran, kita akan menikmati rasa cukup dengan apa yang ada. Bersyukur mampu mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana hati dan jiwa telah diserahkan kepada Pencipta.
Kecintaan Allah SWT amat tinggi kepada hamba-Nya. Sebab itulah kita diajar untuk berdoa supaya menjadi hamba yang bersyukur.
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Wahai Tuhan ku
ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku” dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmat-Mu – dalam kumpulan hamba-hamba-Mu yang soleh
(An-Naml : 19)
Semoga Allah SWT memilih kita untuk termasuk dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang bersyukur.
Amin ya Rabbal Alamin.
WALLAHU A'LAM..
Tuesday, May 27, 2025
AMALAN KEBAIKAN SEBESAR ZARAH PON ..
Allah SWT berfirman:
TAWADHU' .. HUMBLENESS
The essence of being Muslim is being humble.
The word “Muslim” itself means to submit oneself in ultimate humbleness to Allah.
Monday, May 26, 2025
nasehat pada diri sendiri ..
nasehat lah diri sendiri ..
untuk
tidak sibuk dgn org lain
bekalan akhirat wajib penuhi
byk perkara ttg hidup ini
berat amanah yg di pegang
teliti satu persatu
sempurna kan
menilai dan mengkaji
sentiasa
apa jua semuanya wajib
LILLAHI TA'ALA
STAY BLESS ..
Sunday, May 25, 2025
HASAD DENGKI .. MENGHAPUSKAN AMALAN KEBAIKAN SESEORANG ..
HASAD dengki adalah satu sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah S.W.T
Sesiapa yang ada sifat ini sebenarnya ia tidak meredai ketentuan Allah S.W.T yang telah dikurniakan sesuatu kelebihan atau nikmat kepada seseorang di kalangan hamba-hambaNya.
Terdapat tiga ciri sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki.
1. Menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
2. Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik.
Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
3. Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.
WALLAHU A'LAM ..
Saturday, May 24, 2025
TA'AWWUZ DAN BASMALLAH ..
SOLAT SUBUH DALAM JAMINAN ALLAH SWT ..
Soalan
Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya apakah maksud dan tafsiran hadis ini kerana ayat terakhir hadis ini tidak saya fahami.
Apa yang saya faham,
Allah SWT menjanjikan keselamatan kepada orang yang menunaikan solat Subuh berjemaah, namun kenapa dikaitkan dengan dilemparkan ke dalam neraka.
Sekian.
Anas b. Sirin reported:
I heard Jundab b. Qasri saying that the Messenger of Allah (peace be upon him) said:
He who observed the morning prayer (in congregation), he is in fact under the protection of Allah and it never happens that Allah should make a demand in connection with the protection (that He guarantees and should not get it) for when he asks for anything in relation to His protection, he definitely secures it. He then throws him flatly in the Hell-fire.
(Narrated by Muslim)
Ringkasan Jawapan
Hadis ini mengkhabarkan berkenaan kelebihan solat subuh iaitu sesiapa yang menunaikan solat subuh maka dia akan berada dalam perlindungan Allah SWT.
Maka tidak boleh sesiapapun mengancam dan memberi kecelakaan pada dirinya.
Sesiapa yang melakukan hal tersebut (mengancam),
maka Allah akan menuntut (membalas pelaku itu) dengan hak (orang yang mengerjakan solat tersebut) dan sesiapa yang dituntut oleh Allah,
tidak ada jalan keluar dan tempat lari (untuk pelaku itu).
Huraian Jawapan
Kebanyakan terjemahan hadis ini diterjemahkan secara perkataan demi perkataan.
Oleh itu, penting untuk melihat kepada kitab-kitab syarah hadis dalam menterjemahkan sesuatu hadis.
Hal ini kerana, untuk mendapatkan gambaran yang jelas berkenaan sesuatu hadis.
Berdasarkan penelitian terhadap beberapa syarahan bagi hadis berkenaan maka terjemahan yang lebih tepat adalah seperti berikut:
Jundab bin Abdullah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى صَلَاةَ الصُّبْحِ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللهِ، فَلَا يَطْلُبَنَّكُمُ اللهُ مِنْ ذِمَّتِهِ بِشَيْءٍ، فَإِنَّهُ مَنْ يَطْلُبْهُ مِنْ ذِمَّتِهِ بِشَيْءٍ يُدْرِكْهُ، ثُمَّ يَكُبَّهُ عَلَى وَجْهِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ
Maksudnya:
“Sesiapa yang menunaikan solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah.
Allah tidak sesekali menggugurkan daripada jaminan-Nya dengan sesuatu.
Oleh yang demikian, sesiapa yang menggugurkan daripada dirinya jaminan Allah, pasti dia akan mendapatkannya (balasan).
Kemudian wajahnya akan ditelangkupkan dalam Neraka.”
Riwayat Muslim (657)
Hal ini sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh Muhammad al-Amin al-Harari.
(Rujuk al-Kawkab al-Wahhaj Syarh Sahih Muslim, 9/108)
Secara umumnya hadis ini menceritakan berkenaan kelebihan solat subuh iaitu sesiapa yang menunaikan solat subuh maka dia akan berada dalam perlindungan keamanan di sisi Allah SWT.
Maka, tidak ada sesiapa yang boleh memberi ancaman dan kecelakaan kepadanya.
Oleh itu, Syeikh Abu al-Abbas al-Qurtubi ketika mensyarahkan hadis ini beliau menyebutkan bahawa:
وقوله من صلّى الصبح فهو في ذمّة الله؛ أي في أمان الله وفي جواره، أي قد استجار بالله تعالى والله تعالى قد أجاره، فلا ينبغي لأحد أن يتعرض له بضر أو أذى، فمن فعل ذلك فالله يطلب بحقه، ومن يطلبه لم يجد مفرًّا ولا ملجأ، وهذا وعيد شديد لمن يتعرض للمصلين وترغيب في حضور صلاة الصبح، ويكبه في النار يقلبه فيها على وجهه
Maksudnya:
Sabda Nabi SAW
“Sesiapa yang menunaikan solat subuh maka dia dalam perlindungan Allah”. Perkara ini bermaksud dia berada dalam perlindungan keamanan di sisi Allah. Maka tidak boleh sesiapapun mengancam dan memberi kecelakaan pada dirinya.
Sesiapa yang melakukan hal tersebut (mengancam), maka Allah akan menuntut (membalas pelaku itu) dengan hak (orang yang mengerjakan solat tersebut) dan sesiapa yang dituntut oleh Allah, tidak ada jalan keluar dan tempat lari (untuk pelaku itu).
Ini merupakan janji yang pedih bagi sesiapa yang mengancam/memerangi orang yang mengerjakan solat, serta galakan untuk hadir mengerjakan solat subuh.
Allah akan melontarnya (pelaku itu) dan membalikkannya ke dalam neraka.
(Rujuk al-Mufhim lima Asykala min Talkhis Kitab Muslim, 2/282)
Kesimpulan
Berdasarkan hadis di atas, sesiapa yang menunaikan solat subuh maka dia akan berada dalam perlindungan Allah SWT.
Oleh itu, tidak boleh sesiapapun mengancam dan memberi kecelakaan pada dirinya.
Sesiapa yang melakukan hal tersebut (mengancam), maka Allah akan menuntut (membalas pelaku itu) dengan hak (orang yang mengerjakan solat tersebut) dan sesiapa yang dituntut oleh Allah, tidak ada jalan keluar dan tempat lari (untuk pelaku itu).
Wallahua’lam
https://muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/4889-irsyad-al-hadith-siri-ke-525-kefahaman-hadis-sesiapa-yang-solat-subuh-maka-dia-dalam-jaminan-allah-swt
Friday, May 23, 2025
INVOKE ALLAH SWT BY HIS BEST NAMES .. NUMBER 1 TO 15 ..
Knowing Allah swt is a pathway towards loving Him and to know Him, we must begin by learning and using the names He has chosen to reveal to us through the Qu’ran and Sunnah.
One of the best ways to solidify our knowledge of His beautiful names and attributes is by applying them in our duas.
For every need you have, find an attribute of your Lord which suits it.
“And Allah’s names are the best names, so call on Him and leave those who violate the sanctity of His Names. They shall be recompensed for what they did.”
(Surah Al-A’raf 7:180)
1. Al-Mujeeb (The One Who Responds)
When you’re in desperate need of help, distressed or under great difficulty, call upon Al-Mujeeb.
The Prophet ﷺ said, “Allah is conscientious and generous. He is shy to return the outstretched hands of his servant empty and disappointed.” (Tirmidhi)
2. Al-Wakeel (The Disposer of Affairs)
When you feel strapped for time, money or capacity, call on Al-Wakeel.
Place your trust in Allah and repeat: “Hasbunallah wa ni’mal wakeel (Sufficient for us is Allah and [He is] the best Disposer of Affairs).” (Surah Ali ‘Imran 3:173)
3. Al-Jabbar (The Restorer)
When you find yourself lacking in the necessary skills to achieve a goal, call on Al-Jabbar to fill in the gaps and make up your deficiencies
How perfect He is, The Possessor of total power, sovereignty, magnificence and grandeur.
4. Al-Fattah (The Opener)
When you want to improve your relationship and connection with Allah. Ask Al-Fattah to open your heart to Him.
Ya Fattah grant me a deep understanding of Your religion and make it a means of my nearness to you.
5. Al-Wali (The Protecting Friend)
When you need someone to bail you out of distress, call on Al-Wali.
أَنتَ وَلِيُّنَا فَٱغْفِرْ لَنَا وَٱرْحَمْنَا ۖ وَأَنتَ خَيْرُ ٱلْغَـٰفِرِينَ
Anta Walliyyunā fa-ghfir lanā war-ḥamnā wa Anta khayrul-ghāfirīn
“You are our Protector, so forgive us and have mercy upon us. You are the best of those who forgive.” (Surah Al-A’raf 7:155)
6. As-Salam (The Source of Peace)
When you are in need of security and reassurance, call on As-Salam.
Recite after salah:
اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ
Allahumma antas salam wa minkas salam tabarakta ya dhal jalali wal ikram
“O Allah, You are peace, peace comes from You. Blessed are You O Possessor of Glory and Honour.” (Tirmidhi)
7. Al-Shafi (The Healer)
Whatever illness you or anyone beloved to you may be going through, call on Al-Shafi.
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَاسَ، اشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمً
Allaahumma Rabban-naas, adhhibil-ba’s, ashfi wanta ash-Shaafi laa shifaa’a illaa shifaa’uka shifaa’an laa yughaadiru saqaman
“O Allah, Lord of the people! Remove the trouble and heal the patient, for You are the Healer. There is no healer but You; give him a healing which leaves no disease behind.” (Bukhari)
8. Al-Haseeb (The Sufficient)
When you are worried about where your next sustenance will come from, call on Al-Haseeb.
Recite 7x morning and evening:
حَسْبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلْعَرْشِ ٱلْعَظِيمِ
Hasbiyal laahu laaa ilaaha illaa Huwa ‘alaihi tawakkkaltu wa Huwa Rabbul ‘Arshil ‘Azeem
“Allah is sufficient for me. There is no god but Him. I have placed my trust in Him only and He is the Lord of the Magnificent Throne.” (Surah At-Tawbah 9:129)
9. Al-Waduud (The Most Loving)
When you feel all alone, call on Al-Waduud to bless you with people who will love you for His sake and always remind you of His blessings.
Say: Ya Waduud make me and my loved ones among those who are beloved to You.
10. Al-Qayyum (The One Who Sustains and Protects All That Exists)
When you’re in distress about your affairs, call on Al-Qayyum.
Yā Ḥayyu yā Qayyūm I seek assistance through Your mercy. Rectify all of my affairs and do not entrust me to myself for the blink of an eye.
11. Al-Musawwir (The Fashioner)
When you don’t feel secure in your sense of self or your physical attributes, call upon Al-Musawwir.
Ya Musawwir, teach to me love myself the way You fashioned me and just as You have beautified me, beautify my character.
12. Al-Matin (The Powerful)
When you’re struggling to accept the outcome of an event or a situation, reach out to Al-Matin.
Ya Matin, nothing happens without your knowledge. Soften my heart and grant me the strength to accept that what You want for me is and will always be what’s best for me.
13. Al-Basit (The Extender, The Amplifier)
When you’re about to embark on something new or unknown, call on Al-Basit.
Ya Basit, You give plentiful to whomever You will. Open doors for me on this path and aid me against unanticipated difficulties
14. Al-Baseer (The All-Seeing)
When you’re tempted by your nafs or shaytan to commit an act that’s displeasing to Allah, call upon Al-Baseer.
Ya Baseer, fill my heart with awe and consciousness of You and help me to always remember that You see everything I do.
15. Al-Muqtadir (The Perfect in Ability)
When you feel things are impossible or too difficult, call upon Al-Muqtadir.
Ya Muqtadir, all power and might belong to You, and nothing is impossible for You. Make a way for me where there seems to be no way.
...
WALLAHU A'LAM ..
https://www.amaliah.com/post/64562/how-to-use-allahs-names-when-making-duas
ayatul kursi ..
Ayat al-Kursi ini begitu istimewa وَاخْتَصَّتْ آيَةُ الْكُرْسِيِّ بِذَلِكَ لِمَا اشْتَمَلَتْ عَلَيْهِ مِنْ أُصُولِ الْأَسْمَاءِ وَالص...

-
Selain disunnahkan untuk dibacakan pada Solat Jumaat rakaat pertama, Surah Al A’la juga mempunyai kelebihan lainnya yang sangat berguna...
-
Niat puasa sunat Isnin adalah seperti berikut: Maksudnya: Sahaja aku berniat puasa sunat hari isnin kerana Allah Taala N...
-
FIRMAN ALLAH SWT .. وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً Maksudnya : Dan ingatlah Tuhan kamu di dalam diri kamu secara ren...