Wednesday, May 28, 2025

TANDA SYUKUR - ALHAMDULILLAH


 
Saidatina Aisyah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah SAW ketika baginda berdiri solat (malam) sehingga pecah kedua-dua kakinya, sedangkan baginda seorang yang maksum dan telah diampuni segala dosa-dosanya. 
 
 Lalu Baginda SAW menjawab:
 
 يَا عَائِشَةُ أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا 
 
“Wahai Aisyah! 
 
Tidakkah engkau menyukai aku menjadi hamba yang bersyukur?” 
 
(Riwayat al-Bukhari:4837) 
 
 Maka benarlah kata-kata Abu Abd ar-Rahman al-Hubuli: 
 
“Solat adalah syukur, puasa adalah syukur dan setiap kebaikan yang dikerjakan kerana Allah SWT adalah syukur.” 
 
 Sayugia ditegaskan bahawa tanda seseorang itu bersyukur adalah apabila ia melakukan segala amalan kebaikan dengan tulus ikhlas dan hanya mengharapkan kasih sayang dan cinta Allah SWT.
 

Bersyukur kunci kebahagiaan

Bersyukur merupakan kunci kebahagiaan. Tatkala kita menghargai dan bersyukur atas apa yang kita miliki, Allah SWT akan membuka pintu kebahagiaan dan kedamaian. Berhenti mempersoalkan nikmat yang tidak dimiliki kerana Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita.

Apabila jiwa dipenuhi dengan kesyukuran, kita akan menikmati rasa cukup dengan apa yang ada. Bersyukur mampu mendekatkan diri kepada Allah SWT kerana hati dan jiwa telah diserahkan kepada Pencipta.

Kecintaan Allah SWT amat tinggi kepada hamba-Nya. Sebab itulah kita diajar untuk berdoa supaya menjadi hamba yang bersyukur.

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

 

Wahai Tuhan ku

 ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku” dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku – dengan limpah rahmat-Mu – dalam kumpulan hamba-hamba-Mu yang soleh

  (An-Naml : 19)

 

Semoga Allah SWT memilih kita untuk termasuk dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang bersyukur. 

Amin ya Rabbal Alamin.

 

WALLAHU A'LAM..

 

 

 

No comments: