Thursday, May 1, 2025

SEGALA NIKMAT DARI ALLAH SWT ..


Firman Allah SWT yang bermaksud:

 “Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku lengkapkan bagi kamu nikmat Ku dan Aku pun reda Islam sebagai agama kamu.”

 (Al Maidah: 3)

Selain daripada itu Allah memberikan nikmat akal, nikmat penglihatan, nikmat pendengaran, nikmat percakapan, anggota tubuh badan dan lain-lain. 

Semua itu tidak mungkin boleh dihitung.

Allah SWT juga memberikan nikmat kepada kita dengan dijadikan kita dengan sebaik-baik ciptaan iaitu sebagai manusia.

 

Firman Allah SWT bermaksud:

 

 “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).”

 

 (At-Tin: 4)

 

wallahu 'alam ..

 




No comments:

4 QUL ... SURAH AL KAFIRUN,, AL IKHLAS,, AL FALAQ DAN AN NAS ..

"4 Qul"  merujuk kepada empat surah pendek dalam al-Quran yang bermula dengan kalimah  "Qul" (قُل), iaitu  Surah Al-Kafi...