“Sesungguhnya orang yang pertama kali berbuat dengki di langit ialah iblis terkutuk, maka berlanjutanlah sifat dengki itu seperti yang ada.
Dan orang yang pertama kali melakukan dengki di dunia ialah Qabil pada saat dia berhasad dengki terhadap saudara kandungnya yakni Habil, maka berlanjutanlah sifat dengki seperti yang ada.
Maka cukuplah perbuatan keduanya itu sebagai nasihat dan pengajaran bagi mereka yang berfikir.”
Rasulullah s.a.w. bersabda;
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya pada nikmat Allah ta’ala itu terdapat musuh-musuh.
Baginda ditanya:
“Siapakah musuh-musuh itu ya Rasulullah? Baginda menjawab, Mereka ialah orang-orang yang berhasad dengki terhadap orang lain atas anugerah yang diberikan oleh Allah.”
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Jauhilah olehmu sekalian akan sifat dengki, kerana sesungguhnya dengki itu menghapuskan kebaikan, sebagaimana api menghanguskan kayu bakar.”
Yakni, boleh menyebabkan kufur.
2) Perasaan dengki mendorong diri seseorang untuk membuat kemungkaran dan penderhakaan terhadap Allah dalam bentuk yang lain.
Apabila hasad dengki telah bersarang di dalam dada seseorang, maka dia akan meluahkan perasaan itu dalam bentuk umpatan (ghibah), berkata bohong, mencaci dan memburuk-burukkan seseorang.
Dengan harapan kelebihan atau kebaikan pada orang yang didengkinya itu akan hilang.
Dari Dhamrah bin Tha’labah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Yang bermaksud:
“Manusia itu adalah baik selama mana mereka tidak saling dengki-mendengki.”
HASAD dengki adalah satu
sifat mazmumah yang dibenci oleh Allah S.W.T
Sesiapa yang ada sifat ini
sebenarnya ia tidak meredai ketentuan Allah S.W.T yang telah dikurniakan
sesuatu kelebihan atau nikmat kepada seseorang di kalangan
hamba-hambaNya.
Terdapat tiga ciri sekiranya ada pada diri seseorang ia mempunyai penyakit hasad dengki.
1. Menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.
2. Seseorang yang bersifat
dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin
melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu
perkara yang baik.
Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang
kepada Allah S.W.T kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.
3. Orang yang berperangai
seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada
orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa
kepada bencana dan kerosakan.
WALLAHU A'LAM ..
No comments:
Post a Comment