Antara keutamaan surah Al-Fatihah:
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda kepada Abu Sa’id bin al-Mu’alli Radhiallahu ‘anhu:
“Aku akan mengajarkan kamu surah paling agung dalam al-Quran sebelum kamu keluar dari masjid.” Abu Sa’id berkata:
“Kemudian baginda menggamit tanganku dan ketika baginda hendak keluar dari masjid, aku berkata kepada baginda:
‘Wahai
Rasulullah sesungguhnya engkau mengatakan bahawa engkau akan mengajarku
surah paling agung yang terdapat dalam al-Quran.’”
Maka baginda bersabda:
“Ya, ia adalah ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ , ia adalah sab’ul matsani dan al-Quran al-‘Azim yang telah diberikan kepadaku.”
Diriwayatkan daripada Ubai bin Ka’ab Radhiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:
“Allah tidak pernah menurunkan dalam taurat ataupun injil ataupun surah, sepertimana Ummul Quran, ia adalah sab’ul matsani…”
(Hadits riwayat Nasa-i)
Diriwayatkan daripada Abu Sa’id Al-Khudri Radhiallahu ‘anhu berkata:
“Kami
berada dalam sebuah perjalanan kemudian kami singgah sebentar pada satu
kaum.
Tiba-tiba seorang budak wanita datang menghampiri dan berkata:
‘Pemimpin kaum kami diserang demam, orang kami sedang tiada, apakah
antara kamu dapat melakukan ruqyah (jampi)?’.
Kemudian salah seorang
daripada kami, yang kami anggap dapat melakukan ruqyah, berdiri
bersamanya.
Kemudian meruqyah pemimpin tersebut sehingga dia benar-benar
sembuh.
Kemudian pemimpin itu memerintahkan agar menyembelih tiga puluh ekor kambing dan memberikan kami susu.
Ketika
dia (yang mengubati pemimpin) kembali, kami bertanya kepadanya:
‘Apakah
engkau mengubatinya atau engkau meruqyahkannya?’.
Dia menjawab:
‘Tidak,
aku tidak melakukan apa-apa kecuali membacakan Ummul Kitab kepadanya’.
Kami berkata:
‘Jangan membacakan apa pun sehinggalah kita mengadap
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan menanyakan hal ini kepada baginda’.
Ketika
kami telah sampai di Madinah, kami menceritakan hal tersebut kepada
baginda, kemudian baginda bersabda:
‘Apakah kamu tahu yang seperti itu
adalah ruqyah?’.
Kemudian baginda bersabda lagi:
‘Kamu telah berbuat
benar, bahagikanlah dan sisakanlah untuk satu bahagian’”.
(Hadits riwayat Bukhari dan Muslim)
Diriwayatkan daripada Ibn Abbas Radhiallahu ‘anhu berkata:
Rasulullah
Sallallahu’alaihiwasallam sedang bersama kami, di samping beliau ada
Jibril.
Tiba-tiba terdengar suara di atas, lalu Jibril mengangkat
pandangannya ke langit dan berkata:
‘Ini adalah pintu yang dibukakan
dari langit setelah tidak dibuka sama sekali’.
Ibn Abbas berkata:
‘Lalu
turunlah para malaikat menghampiri Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam,
berkata:
‘Aku datang memberikan khabar gembira dengan membawa dua
cahaya yang belum pernah diberikan kepada para Nabi sebelum engkau,
iaitu:
Fatihatul Kitab (al-Fatihah) dan ayat-ayat terakhir daripada
surah al-Baqarah.
Tidaklah engaku membaca satu huruf daripadanya kecuali
aku akan mendatangimu.’”
(Hadits riwayat Muslim dan Nasa-i)
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, daripada Nabi Sallallahu’alaihiwasallam, baginda bersabda:
“Barangsiapa yang melakukan solat tanpa membaca Ummu Quran maka solatnya gugur.”
Beliau mengatakan tiga kali tidak akan sempurna.
Abu Hurairah ditanya:
"Bagaimana apabila kami solat bersama dengan imam?”.
Abu Hurairah menjawab:
“Bacalah al-Fatihah untuk dirimu sendiri. Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:
‘Allah
Subhanahuwata’ala telah berfirman:
solat itu dibahagi kepada dua,
setengah untuk-Ku dan setengah lagi untuk hamba-Ku.
Untuk hamba-Ku
adalah apa yang diminta.
Apabila hamba-Ku membaca
(ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَٰلَمِينَ),
hamba-Ku telah memuji-Ku. Apabila hambaku membaca
(ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ),
hamba-Ku telah menyanjung-Ku. Apabila hambaKu membaca
(مَٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ),
hamba-Ku telah mengagungkan-Ku dan telah memasrahkan dirinya kepada-Ku. Apabila hamba-Ku membaca
(إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ),
ini adalah dua
bahagian antara Aku dan hamba-Ku, maka bagi hamba-Ku adalah apa yang dia minta.
bahagian antara Aku dan hamba-Ku, maka bagi hamba-Ku adalah apa yang dia minta.
Apabila hambaKu membaca
(ٱهۡدِنَا
ٱلصِّرَٰطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ), (صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ
غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ),
ini adalah bahagian bagi hamba-Ku maka baginya adalah apa yang ia minta.
(Hadits riwayat Muslim)
(Hadits riwayat Muslim)
https://people.utm.my/abmutalib/2022/12/24/ringkasan-tafsir-surah-al-fatihah/
WALLAHU A'LAM ..
No comments:
Post a Comment