Tuesday, June 3, 2025

ORANG YG MENGAJAR KEBAIKAN ...

 


 

Diriwayatkan oleh Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah SAW: 

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكتَهُ وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِيْ جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوْتَ لَيُصَلُّوْنَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الخَيْرَ

Maksudnya: 

 

“Sesungguhnya Allah SWT, para Malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”.

 

 [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]

 

    Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

أَلاَ إِنَّ الدُّنْيَا مَلْعُونَةٌ مَلْعُونٌ مَا فِيهَا إِلاَّ ذِكْرُ اللَّهِ وَمَا وَالاَهُ وَعَالِمٌ أَوْ مُتَعَلِّمٌ

Maksudnya:

 

 “Ketahuilah !

 sesungguhnya dunia dan segala isinya adalah dilaknat kecuali dengan berzikir kepada Allah SWT dan apa yang terlibat dengannya, serta orang yang alim (tahu) atau orang yang belajar”. 

 

[Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2244]

 

    Diriwayatkan oleh Muaz bin Anas RA, bahawa Rsulullah SAW:

 

مَنْ عَلَّمَ عِلْمًا فَلَهُ أَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهِ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ العَامِلِ

Maksudnya:

 

 “Barangsiapa yang mengajarkan sesuatu ilmu maka dia akan mendapat pahala orang yang mengamalkannya tanpa mengurangi pahala orang yang  mengamalkannya sedikitpun”.

 

 [Riwayat Ibn Majah, no. Hadith 236]

 

 


 

WALLAHU A'LAM ..

No comments:

SALAM MAAL HIJRAH 1447H / 2025

Muharram merupakan salah satu daripada empat bulan haram dalam Islam, iaitu bulan yang dimuliakan dan digalakkan memperbanyak amal soleh. ...