Sunday, June 29, 2025

ASMAUL HUSNA - AL BADII ..

 
 
 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

 
95. Al Badii’

Incomparable/ The Originator

Yang Maha Pencipta / Yang Tiada Tandingan / Tiada Tolok Banding  / Maha Pemula / Maha Pencipta Yang Baru 
 
– Yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya, iaitu 
 
ALLAH membentuk segala-galanya dalam dunia ini tanpa rekaan, sehingga tidak ada contoh dan yang menyamai sebelum keluarnya ciptaanNya itu.


Fadhilat Al Badii’


    Bagi mencapai sesuatu maksud, zikirkan
 ‘ Ya Badii’ ’ sebanyak 1200 X, 
 
InsyaAllah dalam tempoh 13 hari hajatnya akan tercapai.


    Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & ingin menjayakannya, maka zikirkanlah
 

 ‘ Ya Badii’ ’ sebanyak 500 X
 selepas solat fardhu. 
 
Insyaallah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.


    Jika merancang suatu pengembaraan atau perjalanan, amalkanlah zikir ‘ Ya Badii’ ’ ini sebelum tidur sebanyak mungkin, 
 
InsyaAllah akan diberi ilham dan petunjuk bagi menghadapi sebarang kemungkinan.


    Sesiapa menyebut
 ‘ Ya Badii’ ’ 70 kali berulang-ulang, diikuti dengan doa
 
 (Ya  Allah!
 Dikaulah yang menjadikan segala-galanya di dunia ini).
 InsyaAllah kesusahannya akan hilang).


    Amalkanlah zikir
 ‘ Ya Badii’ ’ ini sebanyak 1000 X pada setiap hari. 
 
InsyaAllah akan menghilangkan kesusahan dan kesedihan.

    Jika diamalkan zikir 
‘ Ya Badii’ ’ sebanyak 1000 X 
di antara Maghrib dan Isyak, 
 
InsyaAllah ianya akan diberi kemudahan dan meninggal sebagai seorang Mukmin.


Wallahu A’lam bishowab

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


https://shafiqolbu.wordpress.com/

No comments:

HEALING WATER WITH ZIKIR ..

In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful.     My dear brothers and sisters, by the oath of the Lord of the Kaaba, today I ...