Muharram merupakan salah satu daripada empat bulan haram dalam Islam, iaitu bulan yang dimuliakan dan digalakkan memperbanyak amal soleh. Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 36:
“Sesungguhnya bilangan bulan di sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram…”
Keutamaan Puasa Muharram
Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Puasa yang paling afdhal selepas Ramadan ialah puasa di bulan Allah, iaitu Muharram.”
(HR Muslim)
Hadis ini menunjukkan kelebihan besar berpuasa sunat dalam bulan Muharram. Walaupun tidak diwajibkan, ia sangat digalakkan bagi mereka yang ingin mencari keampunan dan ganjaran pahala.
Hari Tasu’a dan Asyura
Hari Tasu’a – 9 Muharram
Hari ini merupakan sunnah untuk berpuasa sebagai persediaan menyambut Hari Asyura.
Hari Asyura – 10 Muharram
Rasulullah SAW berpuasa pada hari ini dan menggalakkan umat Islam melakukannya. Ia dikenang sebagai hari di mana Nabi Musa AS diselamatkan dari Firaun. Sabda Rasulullah SAW:
“Berpuasa pada hari Asyura, aku berharap kepada Allah agar ia menghapuskan dosa setahun yang lalu.”
(HR Muslim)
No comments:
Post a Comment