Friday, June 20, 2025

KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH ..


 
 KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH 
 

Kalimah yang paling ringan untuk diucapkan kerana tanpa menggerakkan bibir pun kalimah ini masih boleh dilantunkan. 
 
 1.‘TIKET’ MASUK SYURGA 
 
Sabda Rasulullah SAW,
 
 ”Barangsiapa yang akhir perkataannya sebelum meninggal dunia adalah ‘La ilaha illallah’, maka dia akan masuk syurga”
 
 (HR. Abu Dawud no. 1621) 
 
2. ZIKIR PALING UTAMA 
 
Kalimat ‘La ilaha illallah’ adalah zikir yang paling utama.
 
 Dari Jabir R.A , dari Nabi SAW bersabda, 
 
“zikir yang paling utama adalah 
 
La ilaha illallah dan doa yang paling utama adalah Alhamdulillah.”
 
(HR. Ibnu Majah, An Nasa’I – Shohih Targhib wa Tarhib : 1526 ) 
 
3. PELINDUNG DARI API NERAKA 
 
Dari Umar R.A beliau berkata, Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
 

“Sungguh aku akan mengajarkan sebuah kalimat, tidaklah seorang hamba mengucapkannya dengan benar dari hatinya, lalu ia mati di dalam keyakinan itu, kecuali (Allah) mengharamkan tubuhnya dari api neraka. 
 
 Iaitu kalimah Laa ilaha illallah.
 
 (HR. Hakim – Shohih Targhib wa Tarhib : 1528 ).


 
4. JAMINAN MASUK SYURGA 
 
Dari Zaid bin Arqam R.A meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud,
 
 “Barangsiapa yang mengucapkan
 
 ‘La ilaha illallah’ dengan ikhlas, 
 
dia akan dimasukkan ke dalam syurga.”
 
 Lalu ditanya kepada baginda SAW, 
 
“Bagaimanakah yang dimaksudkan dengan ikhlas itu?” 
 
Rasulullah SAW bersabda,
 
 “Ikhlas itu ialah yang mencegah dari melakukan perbuatan-perbuatan yang haram.” 
 
(Hadis riwayat at-Tabarani)
 
 5. PERANTARA DOA
 
 Dari Abu Sa’id Al Khudri R.A dari Rasulullah SAW bersabda, Musa A.S berkata, 
 
“Wahai Tuhanku ajarkanlah kepadaku sesuatu, yang aku akan berdzikir dan berdoa kepadaMu dengannya.” 
 
Allah berfirman,
 
 “Wahai Musa ucapkanlah 
Laa ilaaha illallah.
 Musa berkata,
 “Wahai Tuhanku seluruh hambaMu mengucapkan kalimat ini.
 
 Allah berfirman, 
 
“Wahai Musa, Seandainya langit tingkat tujuh dan apa yang ada didalamnya serta bumi tingkat tujuh selain Aku diletakkan di suatu timbangan, dan laa ilaaha illallah diletakkan di timbangan yang lain, maka akan berat timbangan 
 
laa ilaaha illallah.” 
 
(HR. Ibnu Hibban, Hakim – Fathul Bari : 11/28 )
 
6. MENUNDA HARI KIAMAT 
 
Kalimah ‘Laa ilaaha ilallah’ menunda kiamat, dari Anas bin Malik R.A ia berkata : 
 
Rasulullah SAW bersabda : 
 
“Tidak akan terjadi kiamat (apabila) masih ada orang yang menyebut 
 
laa ilaaha illallah”.
 
(HR. Ibnu Hibban, – Ta’liqotul Hisan: 6809, Ash Shohihah: 3016) 
 
 WALLAHU A'LAM ..


No comments: