Berkaitan soalan di atas, terdapat beberapa hadith yang menunjukkan bahawa Nabi SAW mengangkat tangan Baginda yang mulia ketika berdoa.
Antaranya yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari RA di dalam Sahihnya:
Daripada Abu Musa RA, berkata:
دَعَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَاءٍ فَتَوَضَّأَ بِهِ، ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ فَقَالَ: "اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِعُبَيْدٍ أَبِي عَامِرٍ" وَرَأَيْتُ بَيَاضَ إِبْطَيْهِ، فَقَالَ: "اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ يَوْمَ القِيَامَةِ فَوْقَ كَثِيرٍ مِنْ خَلْقِكَ مِنَ النَّاس"
Maksudnya:

“Nabi SAW meminta dibawakan air, lalu Baginda SAW berwudhuk dengan air tersebut. Kemudian Baginda SAW mengangkat kedua tangan sambil berdoa:
“Ya Allah, Kau ampunilah ‘Ubaid Abi ‘Amir”, sehingga aku terlihat putihnya ketiak Baginda SAW. Baginda SAW meneruskan berdoa:
“Ya Allah, Kau jadikanlah dia di hari Kiamat antara orang yang terbaik daripada kalangan manusia”.
[Riwayat al-Bukhari (6383)]
Di dalam hadith ini, menunjukkan bahawa Nabi SAW mengangkat tangan Baginda SAW ketika berdoa.
Di dalam hadith ini, menunjukkan bahawa Nabi SAW mengangkat tangan Baginda SAW ketika berdoa.
Di samping itu juga, terdapat hadith lain yang menunjukkan bahawa Allah SWT malu kepada hambanya yang mengangkat tangan memohon kepada-Nya seperti hadith di dalam Sunan al-Tirmizi:
Daripada Salman al-Farisi RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ
Maksudnya:
Daripada Salman al-Farisi RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ حَيِيٌّ كَرِيمٌ يَسْتَحْيِي إِذَا رَفَعَ الرَّجُلُ إِلَيْهِ يَدَيْهِ أَنْ يَرُدَّهُمَا صِفْرًا خَائِبَتَيْنِ
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah Maha Hidup lagi Maha Mulia malu jika seorang lelaki itu mengangkat kedua tangannya kepada-Nya serta memulangkannya dalam keadaan kosong yang tidak membawa hasil”.
[Riwayat al-Tirmizi (3556)][Hadith ini dinilai hasan gharib oleh Imam al-Tirmizi]
Di dalam Tuhfah al-Ahwazi dikatakan bahawa terdapat banyak hadith-hadith sahih dan jelas menunjukkan bahawa Nabi SAW mengangkat tangan ketika berdoa.
Di dalam Tuhfah al-Ahwazi dikatakan bahawa terdapat banyak hadith-hadith sahih dan jelas menunjukkan bahawa Nabi SAW mengangkat tangan ketika berdoa.
[Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 232/9]
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/1025-irsyad-al-hadith-siri-ke-159-mengangkat-tangan-ketika-berdoa
WALLAHU A'LAM ..
No comments:
Post a Comment