Sunday, September 20, 2026

KEBESARAN SERTA KEKUATAN ZIKIR AYATUL KURSI ..




 Ayat kursi merupakan ayat yang paling mulia daripada seluruh ayat yang terdapat di dalam al-Quran.


 Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW yang turut diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya. 


Sesungguhnya, ayat ini memberikan laluan kepada syurga kepada pembacanya, serta berfungsi sebagai pelindung daripada gangguan syaitan semasa tidur dan juga melindungi rumah daripada kehadiran syaitan.


Selain daripada kaya dengan nama-nama Allah SWT yang mulia, ia memperkukuh iman seseorang dengan menghayati kekuasaan dan keagungan-Nya. 


Berikut adalah beberapa keistimewaan dan kelebihan yang terdapat dalam Ayat Kursi: 


1. Penjagaan Arah Syurga


Bagi mereka yang membaca Ayat Kursi setiap kali menyelesaikan solat Fardhu, tidak ada yang dapat menghalangi mereka dari memasuki syurga, berdasarkan sabda

 Rasulullah SAW yang bermaksud: 


Kelebihan_Ayat_Kursi.png


2. Pelindung dari Gangguan Syaitan Semasa Tidur


Ayat Kursi juga berfungsi sebagai senjata yang kuat untuk melindungi diri daripada gangguan syaitan semasa tidur. Ini dapat dilakukan dengan membaca Ayat Kursi sebelum tidur, seperti yang diceritakan oleh Abu Hurairah RA dalam riwayat al-Bukhari.



3. Perlindungan Rumah dari Gangguan Syaitan


Selain itu Ayat Kursi juga dapat membantu melindungi rumah daripada gangguan syaitan, seperti mana yang telah dijelaskan dalam hadis yang bermaksud:


Kelebihan_Ayat_Kursi_(1).png


4. Kaya dengan Nama-nama Allah yang Agung


Ayat Kursi mempunyai keistimewaan kerana mengandungi nama-nama Allah SWT yang indah. 

Dengan mengamalkan ayat ini, seseorang akan sentiasa teringat kepada keagungan nama-nama-Nya dan kekuasaan yang dimiliki-Nya.


 Selain itu, antara nama-nama Allah SWT yang terkandung di dalam ayat ini adalah 

al-Mulk yang bermaksud

 Maha Menguasai,

 al-Qudrah yang bermaksud 

Maha Berkuasa,

 al-Qayyumiyyah yang bermaksud

 Maha Kekal, 

dan juga al-‘Ilm yang bermaksud

 Maha Mengetahui.

5. Memudahkan Proses Pembelajaran


Ayat Kursi juga dapat memudahkan proses pembelajaran dengan mengingatkan bahawa segala ilmu adalah milik Allah SWT.









Dalam hadis yang dinyatakan:

Template_doa_panjang_for_blog_(1).png


WALLAHU A'LAM ..





No comments:

QS AL ANFAL 33 DAN ISTIGHFAR ..

  Al-Anfal · Ayat 33 وَمَا كَانَ اللّٰهُ لِيُعَذِّبَهُمْ وَاَنْتَ فِيْهِمْۚ وَمَا كَانَ اللّٰهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُوْنَ ۝٣٣ wa...