1. Tidak Berkurang Harta Kerana Bersedekah
(HR Muslim 2588)
Allah memuliakan orang yang bersedekah sehingga Nabi SAW telah bersabda hadis ini:
ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ، وما زادَ اللَّهُ عَبْدًا بعَفْوٍ، إلَّا عِزًّا
Maksudnya:
“Tidak akan berkurang
harta dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah
tambahkan kemuliaan baginya.”
Riwayat: Muslim
2. Pahala Berlipat Ganda Dengan Bersedekah
(Surah al-Baqarah, 261)
Dari surah al-Baqarah, yang membawa maksud:
Bandingan (derma) orang-orang yang
membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih
yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula
mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan
pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat)
kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Surah al-Baqarah: 261
3. Sedekah Bukti Keimanan Kepada Allah SWT
(HR Muslim, 223)
Harta adalah salah satu material yang dicintai manusia.
Malah dalam surah Ali Imran ayat 92 yang bermaksud;
“Kalian tidak akan mendapatkan kebaikan, sampai kalian infakkan apa yang kalian cintai.”
Ini sahaja cukup menunjukkan Allah sayang kepada hambanya yang bersedekah.
Malah akan dijanjikan kebaikan setelah bersedekah.
4. Dengan bersedekah, Dosa Terhapus
(HR At-Tirmidzi, 614)
Mukmin yang sejati sememangnya adalah dermawan.
والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
Hadis Riwayat At-Tirmidzi, 614
Sebagaimana hadis ini, amalan yang boleh menghapuskan dosa adalah
bersedekah.
Tidaklah sedekah itu menjadi sia-sia kerana akan dihapuskan
dosa-dosa dilakukan Muslim dan muslimat.
5. Pintu Syurga Khas Untuk Yang Bersedekah
(Bab As-Sadaqah)
(HR Bukhari, 1764)
Tahukah anda di syurga terdapat sebuah pintu istimewa untuk golongan yang bersedekah ini?
Sesungguhnya terlalu banyak kelebihan bersedekah yang boleh
dijadikan dorongan untuk memberi lagi dan lagi. Malah dalam hadis ini,
ada disebut infak harta sebanyak dua kali di jalan Allah, akan diseru
namanya untuk ke pintu syurga khas ini.
Hadis lengkapnya adalah:
“Sesiapa yang berinfak (hartanya)
sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk
melalui pintu syurga.
“Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.”
Sesiapa
yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga)
melalui pintu solat.
Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru
melalui pintu jihad.
Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan
dipanggil melalui pintu puasa.
Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka
dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”
Riwayat Al-Bukhari – 1897 dan Muslim – 1705
6. Naungan Pada Hari Akhirat
HR Al-Bukhari, 660)
Orang yang sering bersedekah akan memperoleh naungan di akhirat.
Orang yang sentiasa membuat kebaikan dengan bersedekah malah akan
menyiapkan bekal mereka untuk akhirat dengan pengakhiran yang baik.
Segala kebaikan yang dilakukan pada hari ini akan dikira sebagai pertolongan dan pahala pada hari pembalasan nanti.
7. Penawar atau Ubat Kepada Penyakit
](HR At-Tabrani, 10198)
Hadis ini berbunyi:
“Bentengi hartamu dengan zakat, ubati penyakitmu dengan sedekah, dan hadapi ujianmu dengan doa.”
Hadis Riwayat Thabrani
Nikmat manakah yang kita dustakan?
Cuma dengan bersedekah Allah SWT rupa-rupanya akan menolong memberikan kesihatan.
Bersihkanlah harta dengan bersedekah.
8. Sedekah Jauhkan Daripada Api Neraka (HR Ahmad)
Daripada Aisyah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda:
اتقوا النارَ ولو بشقِّ تمرةٍ
“Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.”
Riwayat Ahmad
WALLAHU A'LAM ..
No comments:
Post a Comment