Firman Allah SWT:
وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا
Maksudnya:
“Dan hendaklah engkau membesarkan serta memuliakan-Nya dengan bersungguh-sungguh!"
(Surah al-Isra’: 111)
Pahala Amalan Seperti Melakukan Haji dan Umrah
Diriwayatkan daripada Abu Darda’ R.A, dia mengadu kepada Rasulullah SAW:
“Wahai Rasulullah, orang-orang kaya dengan keuntungan mereka, mereka menunaikan haji dan kami tidak mengerjakan haji, mereka berjihad dan kami tidak berjihad, begitu dan seterusnya.”
Lalu Baginda SAW bersabda:
أَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إنْ أَخَذْتُمْ بِهِ جِئْتُمْ أَفْضَلَ مِمَّا يَجِيءُ بِهِ أَحَدٌ مِنْهُمْ؟ أَنْ تُكَبِّرُوا أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ، وَتُسَبِّحُوهُ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، وَأَنْ تَحْمَدُوهُ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ
Maksudnya:
“Hendakkah kamu aku ajarkan sesuatu yang apabila kalian lakukannya, maka kamu telah melakukan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dikerjakan (haji) oleh salah seorang dari mereka (orang-orang kaya)?
Selepas solat, kamu bertakbir sebanyak 34 kali, bertabih sebanyak 33 kali, dan bertahmid sebanyak 33 kali.”
Riwayat al-Nasa’ie (9902)
Ganjaran pahala seperti yang diterangkan dalam hadith sekiranya berzikir dengan lafaz takbir diseratakan dengan lafaz tasbih dan tahmid.
Ganjaran pahala yang memenuhi antara langit dan bumi
Diriwayatkan daripada seseorang daripada Bani Sulaim bahawa beliau berkata:
عدَّهنَّ رسولُ اللهِ ﷺ في يدي أو في يدِهِ التَّسبيحُ نصفُ الميزانِ والحمدُ للهِ يملؤُهُ والتَّكبيرُ يملَأُ ما بينَ السَّماءِ والأرضِ والصَّومُ نصفُ الصَّبرِ والطُّهورُ نصفُ الإيمانِ.
Maksudnya:
Rasulullah SAW menghitungnya pada tanganku atau tangannya,
"Bacaan Tasbih adalah setengah timbangan dan Alhamdulillah memenuhi timbangan tersebut, dan takbir memenuhi antara langit dan bumi, puasa adalah setengah kesabaran, dan bersuci adalah setengah keimanan.
Riwayat al-Tirmizi (3519).
Syeikh Syu’aib Arnau’t menilai hadith ini sebagai Sahih Li Ghairih dalam Takhrij al-Musnad, hlm.23073
Justeru, suka untuk kami nasihati supaya sentiasa melazimi zikir kerana ia bukan sahaja dapat mententeramkan hati bahkan dijanjikan bagi sesiapa yang berzikir akan mendapat ganjaran yang amat besar.
Semoga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa berzikir dan saya menutup dengan doa:
اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
Maksudnya:
“Ya Allah, tolonglah aku untuk zikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu dan elok dalam beribadat kepada-Mu.”
Riwayat Abu Daud (1522), al-Nasa’ie (1303), Ahmad (22119), al-Baihaqi dalam al-Da’awat al-Kabir (1/362) dan Ibn Hibban (2020)
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment