Wednesday, January 15, 2025

ASMAULHUSNA ~ AL JABBAR AL QAHHAR AL QAWIYY AL AZIZ .. DAN AYATUL KURSI ..

 

Al-Qawi (Maha Kuat): 

Bacalah Yaa Qawiyyul Matiin 1000x setiap malam; insyaAllah akan kembali bertenaga seperti yang di perlukan bagi mereka yang lemah jasmani dan rohani.



 
 

Al Jabbar (Maha Perkasa): 

226x setiap pagi dan petang, insyaAllah tidak berdaya orang yang memusuhi untuk menganiayakannya. 

Akan tunduk mereka semua dengan pertolongan Allah.

 
 

 

Al-Qahhar (Maha Pemaksa/Maha Menguasai):

 Di baca setiap malam secara terus-menerus sebanyak-banyaknya; 

insyaAllah akan mendapat ketenangan batin dan bebas daripada kehidupan yang sukar.

 
 




Al Aziz (Maha Mulia): 

40x setiap hari selesai solat subuh selama 40 hari, insyaAllah akan di kurniakan Allah kekayaan dan di muliakan oleh Allah. 

Tidak akan dia mengharap atau berhajat sesuatu selain daripada Allah.




Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud 
(7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah SAW.

Sesiapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 
7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, 
 
Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.

Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusi.
 

Ayat Kursi Penghulu Segala Ayat Al Quran, Amalkan Setiap Hari Sebanyak 18 Kali Terpelihara Dari Segala Bencana.

 


WALLAHU A'LAM ..

 

No comments:

KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH .. BENTENG KU (ALLAH) ..

  Dalam hadis qudsi,  Allah سبحانه و تعالى berfirman,  “Kalimat لا إله إلا الله ialah benteng Aku, maka barangsiapa yang mengucap  لا إله إ...