Tuesday, January 14, 2025

MAJLIS ZIKIR ..



Dalam Firman Allah dalam Surah al-Kahfi, ayat 28 yang bermaksud:

 “Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan petang dengan mengharapkan keredaan-Nya.”

 

Manakala dalam sebuah hadis sahih riwayat Imam Bukhari daripada Jarir daripada al-a’masy, daripada Abu Soleh, daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: 

Sesungguhnya Allah memiliki Malaikat yang mempunyai kelebihan yang diberikan oleh Allah. 

Para Malaikat selalu mengelilingi bumi. 

Para malaikat sentiasa memerhatikan majlis zikir. 

Apabila mereka dapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir, mereka turut mengikuti majlis itu di mana mereka akan melingkunginya dengan sayap mereka sehinggalah memenuhi ruang antara orang yang menghadiri majlis zikir itu dan langit.

Apabila orang ramai yang hadir dalam majlis berkenaan beredar, Malaikat naik ke langit.

 

Baginda bersabda yang bermaksud:

 

“Allah bertanya Malaikat sedangkan Allah mengetahui pergerakan mereka dengan firman-Nya: 

Apa yang diucapkan hamba-Ku?

 Mereka menjawab: 

Mereka bertasbih, bertakbir, bertahmid serta mengagungkan-Mu...”

 

HADITS berkenaan menunjukkan keutamaan majlis zikir, kelebihan orang-orang berzikir serta mengadakan zikir secara berjemaah.

Fadilat atau kelebihan yang ada pada majlis seumpama itu turut diberikan kepada mereka yang tidak berzikir. 

Namun, disebabkan mereka ada bersama di dalam majlis itu, mereka tetap mendapat kelebihan jika niatnya baik.

Selain itu, amalan berzikir secara berjemaah disandarkan pada hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari dan Muslim.

Daripada Ibnu Abbas, 

“Meninggikan suara berzikir selepas orang ramai selesai daripada solat fardu sudah pun berlaku pada zaman Nabi SAW.”




WALLAHU A'LAM..

No comments:

SURAH ASY SYURA AYAT 19 ..

Allahu Latifum Bi'Ibadihi Yarzuqu May Yasya Wa Huwal Qawiyyul Aziz,    Surat Asy Syura Ayat 19   ٱللَّهُ لَطِيفٌۢ بِعِبَادِهِۦ يَرْزُقُ ...