Monday, January 6, 2025

ASMAULHUSNA AL QAHHAR MAHA GAGAH PERKASA ..



15. Al Qahhar
The All Compelling Subduer

Yang Maha Gagah /Maha Memaksa / Yang Sangat Keras /  Maha Penakluk
 
 – Ia berjaya dan berkuasa menurut dan menakluk kehendaknya. Iaitu Allah menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaanNya serta memaksa segala makhluk menurut kehendakNya.


Fadhilat Al-Qahhar:


Dizikirkan ‘Ya Qahhaar’ mengikut kemampuan atau sebanyak 306 X
, Insya’Allah akan dijaga dari ketamakan & kemewahan dunia dan keluar dari hatinya kecintaan dunia dan kebesaran terhadap sesuatu yang lain daripada Allah SAW.

Sesiapa menyebut ‘Ya Qahhaar’ berulang kali, Insya’Allah akan mengatasi kehendaknya, dan akan mengalami jiwa yang tenangserta bebas dari segala perbuatan maksiat yang dilakukan olehnya & orang lain serta kecintaannya kepada Allah semakin bertambah.

Apabila dibaca‘Ya Qahhaar’ tiap-tiap hari dan malam sebanyak 306 X atau lebih, Insya’Allah baginya dapat  pertolongan Allah SWT atas musuhnya dan orang-orang yang selalu bermusuh itu akan sedar & tunduk akhirnya.

Sesiapa yang adanya hajat lalu berzikir
 ‘Ya Qahhaar’100 X, kemudian mengangkat kedua tangannya dan membuka akan kepalanya,
 
 Insya’Allah ditunaikan hajatnya.
 
 
 WALLAHU A'LAM ..
 

No comments:

wahai ABU DZAR AL GHIFARI ..

Pesan Rasulullah SAW Kepada Abu Dzar Al-Ghifari,  sebagaimana termaktub dalam kitab Nashaihul ‘Ibad, karangan Syekh Muhammad bin Umar Nawawi...