Tuesday, January 14, 2025

TAFSIR SURAH ANBIYA' AYAT 71 ..



Ayat 71:

وَنَجَّينٰهُ وَلوطًا إِلَى الأَرضِ الَّتي بٰرَكنا فيها لِلعٰلَمينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We delivered him and Lot to the land which We had blessed for the worlds [i.e., peoples].

(MELAYU)

Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang Kami telah memberkahinya untuk sekalian manusia.

 

وَنَجَّينٰهُ وَلوطًا إِلَى الأَرضِ

Dan Kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri

Selepas kejadian pembakaran Nabi Ibrahim itu, Allah tidak memberitahu yang Nabi Ibrahim diselamatkan, tetapi Allah terus beritahu yang baginda diselamatkan. Allah pendekkan kisah dalam ayat ini. Jadi tidak disebut dengan panjang lebar apakah yang terjadi selepas api jadi sejuk dan apakah yang terjadi kepada baginda dan apakah reaksi kaum baginda setelah lihat baginda selamat.

Disebut sekarang tentang Nabi Luth. Nabi Luth adalah anak saudara Nabi Ibrahim. Asal nama beliau adalah Haran. Nabi Luth sahaja yang beriman dengan baginda. 

Maka mereka telah berhijrah meninggalkan kampung mereka itu kerana mereka tidak boleh lagi duduk di situ. 

Nabi Ibrahim kemudian tinggal di negeri Palestina sedangkan Nabi Luth di Mu’tafikah; jarak antara kedua negeri itu dapat ditempuh dalam sehari.

 

 

https://celiktafsir.net/2017/06/13/anbiya-ayat-66-72/


Hadits ini adalah salah satu di antara hadits shahih terkait dengan keutamaan negara Syam. 

 

Diriwayatkan oleh Shahabat mulia Zaid bin Tsabit radhiallahu’anhu, dia berkata:

 ’Kami bersama Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam sedang menulis Al-Qur’an dari pelepah kayu, kemudian Rasulullah sallallahu’alaihi wa sallam bersabda:

 

طُوبَى لِلشَّامِ. فَقُلْنَا : لأَيٍّ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : لأَنَّ مَلَائِكَةَ الرَّحْمَنِ بَاسِطَةٌ أَجْنِحَتَهَا عَلَيْهَا

 

“Kebaikan pada negeri Syam.' 

Kami bertanya, 

'Mengapa wahai Rasulullah?' 

 Beliau bersabda:

 'Karena Malaikat rahmah (pembawa kebaikan) mengembangkan sayap di atasnya.” 

 

(HR. Tirmizi, no. 3954, beliau berkomentar, haditsnya hasan Gharib. Imam Ahmad dalam Al-Musnad, 35/483. Cetakan Muassasah Ar-Risalah,   dishahehkan oleh para peneliti. Dishahihkan pula oleh Syekh Al-Albany dalam kitab ‘As-Silsilah As-Shahihah no. 503)


Wallahu’alam .


https://islamqa.info/id/answers/148210/hadits-kebaikan-pada-negeri-syam-adalah-hadits-shahih

No comments:

SURAH ASY SYURA AYAT 19 ..

Allahu Latifum Bi'Ibadihi Yarzuqu May Yasya Wa Huwal Qawiyyul Aziz,    Surat Asy Syura Ayat 19   ٱللَّهُ لَطِيفٌۢ بِعِبَادِهِۦ يَرْزُقُ ...