Friday, October 11, 2024

Z'KIR SURAH AL HASYR , AYATUL KURSI dan sedekah. ..




Dalil mengenai keistimewaan 3 ayat akhir Surah Al-Hasyr;

 

70 ribu Malaikat mendoakan

1) Riwayat daripada Muwatil bin Yasar bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 “Sesiapa saja yang membaca

 أعوذ ﺑﺎﻟﻠﻪ ﺍﻟﺴﻤﻴﻊ ﺍﻟﻌﻠﻴﻢ ﻣﻦ ﺍﻟﺸﻴﻂﻦ ﺍﻟﺮﺟﻴﻢ

 dan diikuti dengan membaca tiga ayat terakhr dari surah Al-Hasyr pada waktu pagi sebanyak tiga kali, Allah akan mengutuskan tujuh puluh ribu Malaikat kepadanya.

 Malaikat itu akan mendoakannya sehingga ke waktu petang. Jika ia meninggal dunia pada hari itu, maka dia mati sebagai syahid. 

Dan barang siapa yang membacanya pada waktu petang, ia juga akan mendapat balasan yang sama” 

(Riwayat Ahmad dan Tarmizi)

 

Dikurniakan masuk syurga Allah Taala

2) Rasulullah SAW bersabda: 

 “Sesiapa yang membaca ayat akhir surah al-Hasyr, baik malam mahupun siang, lalu dia meninggal dunia pada hari itu, maka ia berhak masuk syurga.” 

(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

 

Meninggal dalam keadaan mati syahid

3) Rasulullah SAW bersabda: 

 “Sesiapa yang membaca 3 ayat terakhir surah al-Hasyr, 

maka Allah Taala mempertaruhkannya kepada tujuh puluh ribu malaikat yang berselawat kepadanya sehingga masuk waktu petang. 

Apabila dia meninggal pada hari itu, ia meninggal sebagai seorang syahid. 

Dan sesiapa membaca di waktu petang, adalah dia di tempat yang telah diterangkan itu.” 

 (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

 

Walaupun hadis di atas dianggap lemah tetapi kita boleh meyakini dan mengamalkannya dengan berkat ‘Asma ul Husna’ yang terkandung di dalamnya dan tujuan beramal dengan Kalamullah.

Semoga dengan berkat keikhlasan bacaan ayat ini, kita mendapat syafaat selawat tersebut untuk membantu kita memasuki jannah kelak. InsyaAllah.


WALLAHU 'ALAM ..













No comments:

Z'KIR SURAH AL HASYR , AYATUL KURSI dan sedekah. ..

Dalil mengenai keistimewaan 3 ayat akhir Surah Al-Hasyr;   70 ribu Malaikat mendoakan 1) Riwayat daripada Muwatil bin Yasar baha...