Tuesday, October 8, 2024

GANJARAN PAHALA SABAR ..


 

Khalifah Umar Abdul Aziz pernah berpesan dalam khutbahnya :

 

ما أنعم الله على عبد نعمة ، فانتزعها منه ، فعاضه مكان ما انتزع منه الصبر ، إلا كان ما عوضه خيرا مما انتزع منه

 

 

Allah Taala tidak melimpahkan nikmat kepada seorang hamba, kemudian Dia mengambil semula nikmat tersebut darinya, dan menggantikan nikmat yang itu dengan kesabaran, melainkan apa yang diberinya (sabar) itu lebih baik daripada apa yang diambil darinya.

 

Kemudian Baginda Rahimahullah membaca potongan 

Surah Az-Zumar, ayat 10 :

 

إِنَّمَا یُوَفَّى ٱلصَّـٰبِرُونَ أَجرَهُم بِغَیرِ حِسَاب
 

Maksudnya 

“..Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira”.

 

 

Menurut Ibnu Kathir, sebahagian ulama’ mentafsirkan perkataan “tidak terkira” (بِغَیرِ حِسَابࣲ) ialah seseorang itu memperolehi suatu kebaikan yang tidak terhitung jumlahnya iaitu syurga Allah SWT.

 


 

Sabda baginda Rasulullah di dalam satu hadis maksudnya; 

Iman itu dua bahagian; satu bahagian sabar dan satu bahagian lagi adalah syukur 

 

- [HR Baihaqi:9264].

 

Sungguh besar sabar itu dalam Islam sehingga di dalam Al-Quran disebut perkataan sabar sebanyak 90 kali.


 Sabda Rasulullah SAW:


“Wanita mana saja yang meninggal dunia, kemudian suaminya Redha terhadapnya, maka ia akan masuk ke Syurga”. 

 

(HR Ibnu Majah, dan di hasankan oleh Imam Tirmidzi)

 
Sabda Rasulullah SAW:


Dalam hadits yang lain, dari Abu Hurairah r.a, 

Rasulullah S.A.W bersabda,

 “Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktu, melaksanakan puasa di bulan Ramadan (dengan sempurna),menjaga kemaluannya / kehormatannya 

(yakni menutup aurat menepati Syara’), dan mentaati Suaminya, maka ia akan masuk syurga dari pintu mana saja ia kehendaki.” 

(HR Ibnu Hibban dalam Sohihnya)

 

 

Wallahua’lam Bissawab – MUIS

No comments:

4 KALIMAT TASBIH TAHMID TAHLILDAN TAKBIR ...

  KALIMAT ZIKIR MENGELILINGI ARSY    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ     Dari an-Nu’man bin Basyir berkata, Rasulullah SAW bersabda:  ...