Monday, October 21, 2024

RIZQ ..REZEKI


8 Jenis Rezeki Yang Dijamin & Disebut Dalam Al-Qur’an

 

1. Rezeki yang telah dijamin

Dalam surah Hud ayat ke 6 , Allah Ta’ala telah berfirman :
” Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin Allah rezekinya” 
 

2. Rezeki Kerana Usaha

Dalam surah An-Najm ayat 39, Allah Ta’ala telah berfirman :
Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya”
 

3. Rezeki Kerana Bersyukur

Dalam surah Ibrahim ayat 7, Allah Ta’ala telah berfirman :
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu”
 

4. Rezeki Tidak Terduga

Dalam surah At-Thalaq ayat 2-3, Allah Ta’ala telah berfirman :
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan menjadikan baginya jalan keluar dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya”
 

5. Rezeki Kerana Istighfar

Dalam surah Nuh ayat 10 -11, Allah Ta’ala telah berfirman :
” Beristighfarlah kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, pasti Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan memperbanyakkan harta”
 

6. Rezeki Kerana Bernikah

Dalam Surah An-Nur ayat 32, Allah Ta’ala telah berfirman :
” Dan nikahilah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak dari hamba sahayamu baik laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memberikan kecukupan kepada mereka dengan kurniaNYA”

7. Rezeki Kerana Anak

Dalam surah Al-Israa’ ayat 31, Allah Ta’ala telah berfirman :
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut miskin. Kamilah yang akan menanggung rezeki mereka dan juga rezeki bagi mu”
 

8. Rezeki Kerana Sedekah

Dalam surah Al-Baqarah ayat 245, Allah Ta’ala telah berfirman :
Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.”
 
https://ypiaman.org/8-jenis-rezeki-yang-dijamin-disebut-dalam-al-quran/





No comments:

RIZQ ..REZEKI

8 Jenis Rezeki Yang Dijamin & Disebut Dalam Al-Qur’an   1. Rezeki yang telah dijamin Dalam surah Hud ayat ke 6 , Allah Ta’al...