Daripada Abu Abbas Sahl bin Sa’ad Al-Sa’idi RA, dia berkata :
Seorang lelaki mendatangi
Rasulullah SAW, maka beliau berkata:
“Wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan yang jika aku kerjakan, Allah dan manusia akan mencintaiku.
Baginda bersabda:
ازْهَدْ فِي الدُّنْيَا يُحِبَّك اللهُ، وَازْهَدْ فِيمَا عِنْدَ النَّاسِ يُحِبَّك النَّاسُ
“Zuhudlah terhadap dunia maka engkau akan dicintai Allah, dan zuhudlah terhadap apa yang ada pada manusia maka engkau akan dicintai manusia.”
Riwayat Ibn Majah (4102) dan selainnya dengan sanad-sanad yang hasan. Hadis hasan
Pembahagian salaf tentang zuhud:
Sebahagian para salaf membahagikan
Sebahagian para salaf membahagikan
zuhud kepada tiga jenis:
Zuhud terhadap kemusyrikan dan peribadatan selain dari Allah SWT.
Zuhud terhadap kemusyrikan dan peribadatan selain dari Allah SWT.
Zuhud terhadap perkara-perkara haram dan maksiat.
Zuhud terhadap perkara-perkara yang halal.
Zuhud pada bahagian pertama dan kedua adalah wajib, manakala pada bahagian ketiga tidaklah wajib.
Ibn al-Mubarak berkata:
Bahawa Ma’la bin Abi Muthi’ berkata:
“Zuhud ada tiga jenis:
Mengikhlaskan perbuatan dan perkataan hanya kerana Allah SWT dan tidak mengharapkan daripada kedua-duanya habuan dunia.
Mengikhlaskan perbuatan dan perkataan hanya kerana Allah SWT dan tidak mengharapkan daripada kedua-duanya habuan dunia.
Meninggalkan perkara yang tidak mendatangkan kebaikan dan melaksanakan dengan perkara yang mendatangkan kebaikan.
Zuhud terhadap perkara yang halal.
Hukumnya sunat dan ia adalah peringkat yang paling rendah.
Ibrahim bin Adham berkata:
Ibrahim bin Adham berkata:
“Zuhud ada tiga jenis: zuhud wajib, zuhud keutamaan,
dan zuhud keselamatan.
Zuhud wajib adalah zuhud terhadap hal-hal yang
dilarang.
Zuhud keutamaan adalah zuhud terhadap halhal yang dibolehkan.
Sedangkan zuhud keselamatan adalah zuhud terhadap hal-hal yang syubhat.”
Imam Ahmad berkata:
Imam Ahmad berkata:
“Zuhud ada tiga jenis:
Meninggalkan yang haram.
Meninggalkan yang haram.
Ini adalah zuhudnya orang-orang awam.
Meninggalkan berlebihan daripada perkara-perkara yang halal, ini sebegini adalah zuhud orang-orang yang khowas (alim).
Meninggalkan sesuatu yang menyibukkan diri dari mengingat Allah.
Ini adalah zuhudnya arifin (orang-orang yang
memahami ajaran Islam dengan sempurna).”
(Sila rujuk buku kami al-Kafi Syarah Hadis 40, hlm. 289-295)
WALLAHU 'ALAM ..
No comments:
Post a Comment