Sunday, October 13, 2024

FAZILAT SURAH YASIN..

Jundub R.A. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: 

Sesiapa yang membaca surah Yasin dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah nescaya akan diampunkan dosanya.”

(Hadis Riwayat Malik, Ibnus-Sunni dan Ibnu Hibban)

 

Daripada Ma’qal bin Yaasar R.A. bahawasanya Baginda S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: 

“Hati al-Quran ialah surah Yasin, tidaklah dibaca akan dia oleh seorang lelaki yang mengharapkan Allah dan kampung akhirat melainkan diampun oleh Allah dosanya dan bacalah surah Yasin kepada mereka yang hampir mati dan selepas mati.” 

(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan An-Nasai)

 

Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud: 

“Surah Yasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan

 ‘Al-Muimmah’ 

(yang menyelubungi) pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat dan yang menanggung segala bala dan kesusahan dunia dan akhirat dan dinamakan juga sebagai perisai dan penunai hajat, yang melindungi pembacanya dari setiap keburukan dan kejahatan dan yang menunaikan bagi pembacanya segala hajat dan kemahuan.” 

(Hadis Riwayat Said bin Mansur dan al-Baihaqi dari Hasan bin Aziah)

 

Dari Anas R.A, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: 

“Sesiapa yang membaca surah Yasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai 10 kali membaca seluruh al-Quran.” 

(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

 

 

Bukan itu sahaja, malah amalan setiap pagi :

 

1. Sesiapa yang membaca Surah Yassin di permulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi.

2. Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.

3. Sesiapa membaca Surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.

4. Sesiapa yang membaca Surah Yasin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan.

Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.

 

WALLAHU A'LAM..

No comments:

DOA KETIKA DALAM KESEDIHAN DAN KESULITAN .. ALLAHUMMA RAHMATAKA ARJU ..

DOA KETIKA DALAM KESEDIHAN DAN KESULITAN ..    ALLAHUMMA RAHMATAKA ARJU ..  اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْ...