Saya sisipkan Hadis supaya menjadi pedoman, petunjuk dan pengajaran kpd kita sbgi isteri bahawa pentingnya redha suami sebelum kita mati, atau suami kita yang mati tpi dlm keadaan dia tidak redha dgn kita … Allahu
(1)
Sabda Rasulullah SAW:
“Wanita mana saja yang meninggal dunia, kemudian suaminya Redha
terhadapnya, maka ia akan masuk ke Syurga”.
(HR Ibnu Majah, dan di hasankan oleh Imam Tirmidzi).
(2)
Sabda Rasulullah SAW:
Dalam hadits yang lain, dari Abu Hurairah r.a,
Rasulullah S.A.W bersabda,
“Jika seorang wanita melaksanakan solat lima waktu,
melaksanakan puasa di bulan Ramadan (dengan sempurna), menjaga kemaluannya /
kehormatannya (yakni menutup aurat menepati Syara’), dan
mentaati Suaminya,
maka ia akan masuk syurga dari pintu mana saja ia kehendaki.”
(HR Ibnu Hibban dalam Sohihnya)
Jelaslah Allah & Rasulullah amat mengiktiraf Redha suami sbgi kunci seorg isteri kesyurga.
No comments:
Post a Comment