Monday, October 14, 2024

MENCAPAI REDHA ALLAH SWT ..



 

Kelebihan Mengucapkan Kalimah Ini

Selain itu, terdapat kelebihan yang besar bagi mereka yang mengucapkan kalimah ini, iaitu:

رَضِيتُ بِاللهِ رَبَّا، وَبِالإِسْلَامِ دِيْنَا، وَبِمُحَمَّدٍ – صَلَى اللهُ عَلَيْهِ وِسَلَم – رَسُولًا

Maksudnya:
 
 “Aku redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Muhammad SAW sebagai Rasul.”

Antara kelebihannya:

Wajib Baginya Syurga

Daripada Abu Sa’id al-Khudri, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَالَ: رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلاَمِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولاً، وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.

Maksudnya: Sesiapa yang mengucapkan “Aku redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Muhammad SAW sebagai Rasul,” pasti dia mendapat syurga.

Riwayat Muslim (1884), Abu Daud (1529) dan al-Nasa’ie (3131)
 
 

 

Allah SWT Jamin untuk Redha Padanya Ketika Hari Kiamat


Daripada Abu Sallam bahawa Rasulullah SAW bersabda:

 مَا مِنْ عَبْدٍ أَوْ إِنْسَانٍ أَوْ مُسْلِمٍ يَقُولُ حِينَ يُمْسِي وَحِينَ يُصْبِحُ: رَضِيتُ بِاللهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دَيْنًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا إِلَّا كَانَ حَقًّا عَلَى اللهِ أَنْ يُرْضِيَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya:
 
 “Tiada seorang pun hamba (Allah) atau manusia atau muslim mengucapkan di waktu pagi dan petang:
 
  “Aku redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul,
 
melainkan Allah jamin untuk meredhainya pada hari kiamat nanti.

Riwayat al-Nasa’i dalam al-Sunan al-Kubra (9832), Ahmad (23111) dan al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (921).
 
 Syeikh Syu’aib al-Arna’ut menyatakan bahawa hadith ini sahih li ghairihi dalam takhrij al-Musnad.
 

Rasulullah SAW Jamin untuk Memegang Tangannya Masuk ke dalam Syurga

Daripada al-Munaizir sahib Rasulillah SAW, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ: رَضِيتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيًّا، فَأَنَا الزَّعِيمُ لِآخُذَ بِيَدِهِ حَتَّى أُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ

Maksudnya: 
 
Sesiapa yang mengucapkan di waktu pagi: 
 
 “Aku redha Allah sebagai Rab, Islam sebagai agama dan Muhammad sebagai Rasul”
 
aku jamin akan memegang tangannya hingga masuknya ke dalam syurga.

Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (838). 
 
Isnadnya adalah sahih sepertimana dinyatakan dalam al-Silsilah al-Sahihah (2686)


Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan kepada kita dan menolong kita untuk sentiasa zikir kepada-Nya. 
 
Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ أَعِنَّا عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Maksudnya:
 
 “Ya Allah, tolonglah kami untuk zikir kepada-Mu,bersyukur kepada-Mu dan elok dalam beribadat kepada-Mu.”





No comments:

4 KALIMAT TASBIH TAHMID TAHLILDAN TAKBIR ...

  KALIMAT ZIKIR MENGELILINGI ARSY    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ     Dari an-Nu’man bin Basyir berkata, Rasulullah SAW bersabda:  ...