Menggandakan Rezeki 10 Hingga 700 Kali Ganda
Banyak janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah Al-Baqarah ayat 261)
Sebagai penutup berkaitan sedekah subuh, Rasulullah S.A.W bersabda:
“Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak boleh mendahului sedekah.”
Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 262-263,, bermaksud:
"Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
(Menolak peminta-peminta sedekah) dengan perkataan yang baik dan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada sedekah (pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan yang) menyakitkan hati.
Dan (ingatlah), Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyabar."
Hadis lengkapnya adalah:
“Sesiapa yang berinfak (hartanya) sebanyak dua kali di jalan Allah maka dia akan diseru untuk masuk melalui pintu syurga.
“Wahai hamba Allah, ini adalah kebaikan.”
Sesiapa yang banyak melakukan solat maka dia akan dipanggil (masuk syurga) melalui pintu solat.
Sesiapa yang banyak berjihad maka dia akan diseru melalui pintu jihad.
Sesiapa yang banyak berpuasa maka dia akan dipanggil melalui pintu puasa.
Dan sesiapa yang banyak bersedekah maka dia akan dipanggil melalui pintu sedekah.”
Riwayat Al-Bukhari – 1897 dan Muslim – 1705
WALLAHU 'ALAM ..
No comments:
Post a Comment