Menurut ulama tafsir al-Raghib al-Ashfahani, ihsan itu bermakna melimpahkan kenikmatan atau kebajikan kepada pihak lain baik secara fizikal mahupun spiritual.
Di samping itu, ketundukan manusia secara tulus ikhlas kepada Allah SWT juga termasuk dalam pengertian ihsan sebagai mana dapat difahami daripada
Firman ALLAH SWT yang bermaksud:
"Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid) dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya."
(Surah al-Nisa', ayat 125).
Selain itu, pemberian maaf oleh seseorang kepada pihak lain yang bersalah juga disebut sebagai ihsan.
FIRMAN ALLAH SWT ..
"Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang.
Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."
(Surah Ali Imran, ayat 134)
Bagi kaum sufi, ihsan adalah ibadah yang disertai sifat keinsafan rohani yang amat mendalam sehingga memiliki pengaruh secara moral.
Nabi SAW menyuruh kita supaya melakukan ibadah seperti itu sebagai mana dalam sebuah hadis yang panjang dari Abu Hurairah RA, di mana
Malaikat Jibril bersoal jawab dengan Nabi SAW dan di sana ada menyebut mengenai maksud ihsan.
"Apakah itu Ihsan?
Baginda menjawab:
'Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu.'"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
No comments:
Post a Comment