Doa Tidak Akan Ditolak
عَنْ أَنَسٍ أَنَّهُ كَانَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- جَالِسًا وَرَجُلٌ يُصَلِّى ثُمَّ دَعَا اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الْمَنَّانُ بَدِيعُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ
(فَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- (لَقَدْ دَعَا اللَّهَ بِاسْمِهِ الْعَظِيمِ الَّذِى إِذَا دُعِىَ بِهِ أَجَابَ وَإِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى
Dari Anas, ia pernah bersama Rasulullah SAW yang dalam keadaan duduk lantas ada seseorang yang solat, kemudian dia berdoa,
“Allahumma inni as-aluka bi-anna lakal hamda,
laa ilaha illa anta al-mannaan
badii’us samaawaati wal ardh,
yaa dzal jalaali wal ikram,
yaa hayyu yaa qayyum.
Ertinya:
Ya Allah,
aku meminta padaMu kerana segala puji hanya untukMu,
tidak ada sesembahan yang berhak disembah kecuali Engkau,
Yang Banyak Memberi Kurnia,
Yang Menciptakan langit dan bumi,
Wahai Allah yang Maha Mulia dan Penuh Kemuliaan,
Ya Hayyu Ya Qayyum
(Yang Maha Hidup dan Tidak Bergantung pada MakhlukNya)”
Kemudian Nabi SAW bersabda,
“Sungguh dia telah berdoa pada Allah dengan nama yang agung di mana siapa yang berdoa dengan nama tersebut,
maka akan diijabahi.
Dan jika diminta dengan nama tersebut,
maka Allah akan beri.”
(HR. Abu Daud, no. 1495 dan An-Nasa’i no. 1301 – Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadis ini sahih)
#2- Doa Ketika Dirundung Kesedihan
صلى الله عليه وسلم -
إِذَا كَرَبَهُ أَمْرٌ قَالَ
(يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ)
Dari Anas bin Malik, ia berkata, “Nabi SAW ketika dapat masalah berat, beliau membaca:
“Yaa Hayyu Yaa Qayyum,
bi rahmatika as-taghiits”
Ertinya:
Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmatMu aku minta pertolongan).”
(HR. Tirmidzi, no. 3524. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa hadis ini hasan)
Doa Yang Diwasiatkan Kepada Fatimah, Puteri Rasulullah SAW
Dari Anas bin Malik r.anhu, ia berkata bahawa Nabi SAW bersabda pada Fatimah (puterinya),
“Apa yang menghalangimu untuk mendengar wasiatku atau yang kuingatkan padamu setiap pagi dan petang iaitu ucapkanlah:
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ، وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ وَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا
“Ya hayyu ya qoyyum bi rahmatika astaghiis,
wa as-lihlii sya’nii kullahu
wa laa takilnii ilaa nafsii thorfata ‘ainin abadan”
(Ertinya:
Wahai Rabb Yang Maha Hidup,
wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu,
dengan Rahmat Mu aku minta pertolongan,
perbaikilah segala urusanku dan jangan diserahkan kepadaku sekali pun sekejap mata tanpa mendapat pertolongan dari Mu selamanya).”
(HR. Ibnu As Sunni dalam ‘Amal Al-Yaum wa Al-Lailah no. 46, An-Nasa’i dalam Al-Kubra, 381: 570, Al-Bazzar dalam musnadnya 4/ 25/ 3107, Al-Hakim 1:545.
Sanad hadis ini hasan sebagaimana dikatakan oleh Syaikh Al-Albani dalam Silsilah Al-Ahadis As-Sahihah, no. 227)
WALLAHU 'ALAM ..
No comments:
Post a Comment