Wednesday, October 29, 2025

KEUTAMAAN SURAH AL FALAQ ..

 


Kelebihan surah Al-Falaq


Secara umumnya, setiap ayat Al-Quran mempunyai kelebihan dan manfaatnya yang tersendiri. 

 


 

 

Antaranya seperti:

1. Surah yang tiada bandingan

Nabi Muhammad SAW, bersabda: “Apakah engkau tidak melihat ayat-ayat yang diturunkan malam ini yang belum pernah ada bandingannya. Ayat-ayat itu ialah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) dan ‘Qul A’udzu Birabbin Naas’ (An-Nas).”  – (Hadis Riwayat Muslim).

2. Surah yang sangat dicintai oleh Allah

Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah ‘Qul A’uzdu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq) kerana kamu tidak dapat membaca mana-mana surah yang amat dicintai Allah SWT dan sangat cepat diterima Allah SWT, seperti surah ini. Maka semana mampu kamu janganlah kamu tinggalkannya.”

3. Surah yang sangat cepat diterima kepada Allah

Disebut pada riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda: “Kamu tidak dapat membaca apa-apa yang sangat pantas sampai kepada Allah SWT seperti ‘Qul A’udzu Birabbil Falaq’ (Al-Falaq).”

4. Memberi perlindung dari disihir

Mengambil pengajaran dari kisah Rasulullah SAW yang disihir oleh lelaki Yahudi itu menunjukkan bahawa kelebihan Surah Al-Falaq ada bila mana kita mahu meminta perlindungan dari perkara luaran seperti sihir.

5. Terhindar dari penyakit was-was

Penangan sihir yang pernah diterima oleh Rasulullah dahulu cukup hebat sehingga menyebabkan baginda berasa was-was khususnya melibatkan amal ibadah. Ini menyebabkan baginda menyangka telah melakukan sesuatu ibadah, sedangkan belum lagi dilakukan.

Imam Jalaluddin al-Mahali menyebut bahawa sihir yang dihantar kepada baginda adalah diikat melalui tali busur dengan 11 ikatan.

 Lalu, Allah memberi petunjuk mengenai sihir tersebut dengan diturunkan Surah Al-Falaq sebagai bacaan perlindungan.

6. Digunakan dalam rawatan ruqyah

Rawatan ruqyah merupakan salah satu kaedah rawatan alternatif Islam menggunakan Al-Quran. Surah Al-Falaq adalah antara surah yang dibaca dan digunakan untuk merawat pesakit.

Ibnu Qayyim menyebut,

  “Mengenai sirah baginda SAW yang terkena sihir, ia bukanlah aib kepada kemaksuman Baginda. 

Hal ini kerana, sihir merupakan sebuah penyakit, iaitu penyakit ‘ain dan ia boleh tertimpa kepada sesiapa bahkan juga Rasulullah. 

Nabi SAW menderita sakit ini sebagaimana Baginda menderita penyakit lain.” 

(Zaad Al-Ma’ad, 4:113-114)

7. Dikenali sebagai surah Al-Mu’awwizataini

Nabi SAW pernah bersanda tentang kelebihan Surah Al-Falaq. Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya:

 “Telah diturunkan kepadaku ayat-ayat yang tidak sepertinya iaitu Al-Mu’awwizataini” 

(Surah An-Nas dan Surah AlFalaq).” 

– (Hadis Riwayat Muslim, no: 814, At-Tirmidzi, no: 2827, An Naasa’I, no: 944).

8. Dianjurkan untuk dibaca selepas salam

Daripada Uqbah bin Amir, katanya;

أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ الْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ

Maksudnna: “Rasulullah SAW memerintahkan padaku untuk membaca Muawwizaat  di akhir solat (sesudah salam).” 

– (Hadis Riwayat. An Nasai no. 1336 dan Abu Daud no. 1523. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini sahih).

9. Mengukuhkan keyakinan manusia untuk beriman kepada Allah dan perkara ghaib

Penyakit ‘ain adalah disebabkan oleh pandangan mata yang disertai oleh sifat iri hati dan rasa takjub kepada orang yang dilihat. 

Bermula dari pandangan mata, ia boleh cenderung untuk menyihir orang lain.

Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW berkata : 

Sesungguhnya pandangan mata itu adalah benar.” 

– (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

10. Sebagai syifa dan penyembuhan penyakit

Kelebihan Surah Al-Falaq sangat bagus sebagai syifa semula jadi bagi mereka yang sakit khususnya untuk penyakit mistik dan makhluk halus.

 

WALLAHU A'LAM ..

 



No comments:

KEUTAMAAN SURAH AL FALAQ ..

  Kelebihan surah Al-Falaq Secara umumnya, setiap ayat Al-Quran mempunyai kelebihan dan manfaatnya yang tersendiri.        Antaranya seperti...