Friday, January 9, 2026

HADITH QUDSI .. ALLAH SWT MENGIKUTI SANGKAAN HAMBA NYA ..


Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, 

“Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi dan siapa yang ada padanya dan apa-apa yang ada di antaranya dan apa-apa yang ada di bawahnya diletakkan di sebelah dacing dan kalimah ‘Lailahaillallah’ di sebelah yang lain, maka dacing kalimah 

‘Lailahaillallah’ itulah yang lebih berat.”


 (Hadis riwayat at-Tabarani)


Dalam hadis Qudsi, 

Allah berfirman yang bermaksud, 

“Aku selalu mengikuti sangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepada-Ku.”

Jika ia berzikir dalam hati peribadinya (sendirian),

 AKupun berzikir padanya dalam diri-Ku dan jika ia berzikir pada-Ku di depan umum,

 Akupun berzikir padanya di muka umum yang lebih baik dari golongannya. 

Dan bila ia mendekati pada-Ku sejengkal, Aku mendekati padanya sehasta dan bila ia mendekati pada-Ku sehasta, 

Aku mendekati padanya sedepa dan bila ia datang kepadaku berjalan, 

Aku datang kepadanya berjalan cepat (berlari)


WALLAHU A'LAM ..


No comments:

HADITH QUDSI .. ALLAH SWT MENGIKUTI SANGKAAN HAMBA NYA ..

Dari Abi Abas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,  “Demi yang diriku di tangan-Nya, jika sekiranya segala langit dan bumi da...