Tuesday, January 20, 2026

Z'KIR LA ILAHA ILLALLAHU WAHDAHU LA SYARIKALAH ..


Zikir

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ، وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ‏


 "Lā ilāha illallāh wahdahu lā syarīkalahu, lahul mulku walahul hamdu, wahuwa 'alā kulli syai'in qadīr" 

(Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Dia Esa, tiada sekutu bagi-Nya, segala kerajaan dan pujian hanya milik-Nya, Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu) 

adalah hadis sahih yang sangat dianjurkan,

 terutama dibaca 100 kali sehari untuk mendapatkan pahala memerdekakan 10 hamba,
ditulis 100 kebaikan, 
dihapus 100 keburukan, 
dan menjadi pelindung dari 
syaitan hingga petang hari, 
dengan keutamaan lebih besar bagi yang mengamalkan lebih dari itu.

 Zikir ini juga memiliki keutamaan lain seperti perlindungan dari syaitan dan pahala besar, bahkan lebih utama daripada amalan lain kecuali yang lebih banyak mengamalkannya, menurut hadis dari ..

Abu Hurairah RA diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim, dan Tirmidzi.


Berzikir dalam keadaan lalai lebih baik daripada tidak berzikir langsung. Berkata Syeikh Ibn Ataillah al-Iskandari Rahimahullah:

لا تترك الذكر لعدم حضورك مع الله فيه لأن غفلتك عن وجود ذكره أشد من غفلتك في وجود ذكره فعسى أن يرفعك من ذكر مع وجود غفلة إلى ذكر مع وجود يقظة

Maksudnya:

 “Janganlah engkau tinggalkan zikir hanya kerana gagar menghadirkan hati bersama Allah ketika berzikir, kerana lalai daripada berzikir berlebih bahaya daripada lalai ketika berzikir. 

Mudah-mudahan (kerana sebab itu) Allah akan mengangkat darjatmu daripada berzikir yang lalai kepada zikir yang sedar”. 

Rujuk Syarah Hikam al-Ataiyyah hal. 55

Daripada Jabir bin Abdullah  RA, sabda Rasulullah SAW:

أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ

Maksudnya: 

Sebaik-baik zikir ialah

 Lā`ilāha`illāLlāh 

(Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah).

Hadis riwayat al-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Majah dan lain-lain.


WALLAHU A'LAM ..

No comments:

QS AT TAHRIM 8 ..YA ALLAH, SEMPURNAKANLAH CAHAYA KAMI

Doa tersebut adalah: رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (Ya Rabb kami, sempurnakanlah untu...