Monday, April 20, 2026

SOLAT SUBUH DI AWAL WAKTU ..


 Solat Subuh di awal waktu menawarkan kelebihan besar seperti perlindungan Allah, pahala yang lebih baik dari dunia dan seisinya, hati lebih tenang, mendidik disiplin diri, dan doa lebih mudah dimakbulkan. 

Ini adalah amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Berikut adalah 5 kebaikan utama solat Subuh di awal waktu:

Berada dalam Jaminan dan Perlindungan Allah: 

Sesiapa yang menunaikan solat Subuh, mereka berada di bawah jaminan dan penjagaan Allah SWT sepanjang hari tersebut.


Pahala Melebihi Dunia dan Seisinya:

 Solat sunat sebelum Subuh sahaja sudah bernilai lebih daripada dunia dan segala isinya, apatah lagi solat fardu Subuh itu sendiri.


Hati Tenang dan Fokus:

 Memulakan hari dengan beribadah di awal waktu memberikan ketenangan jiwa, mengurangkan tekanan, dan meningkatkan disiplin diri.


Mendapat Cahaya dan Petunjuk:

 Solat Subuh (dan Isyak) adalah penentu kekuatan iman, di mana ia menjadi cahaya yang sempurna di atas titian sirat kelak.


Doa Lebih Mudah Dimakbulkan:

 Waktu subuh adalah waktu mustajab doa dan Allah segera makbulkan hajat hamba yang menyegerakan perintah-Nya. 


Menunaikan solat Subuh di awal waktu, terutamanya secara berjemaah, memberi impak positif terhadap rohani dan fizikal seseorang untuk memulakan hari.



 Membuka Pintu Rezeki dan Keberkatan


Ramai ulama berpendapat bahawa waktu selepas Subuh adalah waktu di mana berkat dan rezeki dibahagikan. 

Dengan memulakan hari seawal Subuh, anda berada dalam keadaan yang segar dan bersedia untuk mencari nafkah atau menuntut ilmu, yang dipercayai membawa keberkatan dalam setiap usaha yang dilakukan. 


Jundab bin Abdullah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:


مَنْ صَلَّى صَلَاةَ الصُّبْحِ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللهِ، فَلَا يَطْلُبَنَّكُمُ اللهُ مِنْ ذِمَّتِهِ بِشَيْءٍ، فَإِنَّهُ مَنْ يَطْلُبْهُ مِنْ ذِمَّتِهِ بِشَيْءٍ يُدْرِكْهُ، ثُمَّ يَكُبَّهُ عَلَى وَجْهِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ


Maksudnya:

 “Sesiapa yang menunaikan solat subuh maka dia berada dalam jaminan Allah.

 Allah tidak sesekali menggugurkan daripada jaminan-Nya dengan sesuatu. 

Oleh yang demikian, sesiapa yang menggugurkan daripada dirinya jaminan Allah, pasti dia akan mendapatkannya (balasan).

 Kemudian wajahnya akan ditelangkupkan dalam Neraka.”


Riwayat Muslim (657)


Hal ini sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh Muhammad al-Amin al-Harari. (Rujuk al-Kawkab al-Wahhaj Syarh Sahih Muslim, 9/108)


Secara umumnya hadis ini menceritakan berkenaan kelebihan solat subuh iaitu sesiapa yang menunaikan solat subuh maka dia akan berada dalam perlindungan keamanan di sisi Allah SWT.

 Maka, tidak ada sesiapa yang boleh memberi ancaman dan kecelakaan kepadanya.


Oleh itu, Syeikh Abu al-Abbas al-Qurtubi ketika mensyarahkan hadis ini beliau menyebutkan bahawa:


وقوله من صلّى الصبح فهو في ذمّة الله؛ أي في أمان الله وفي جواره، أي قد استجار بالله تعالى والله تعالى قد أجاره، فلا ينبغي لأحد أن يتعرض له بضر أو أذى، فمن فعل ذلك فالله يطلب بحقه، ومن يطلبه لم يجد مفرًّا ولا ملجأ، وهذا وعيد شديد لمن يتعرض للمصلين وترغيب في حضور صلاة الصبح، ويكبه في النار يقلبه فيها على وجهه


Maksudnya:

 Sabda Nabi SAW 

“Sesiapa yang menunaikan solat subuh maka dia dalam perlindungan Allah”. 


Perkara ini bermaksud dia berada dalam perlindungan keamanan di sisi Allah.

 Maka tidak boleh sesiapapun mengancam dan memberi kecelakaan pada dirinya.

 Sesiapa yang melakukan hal tersebut (mengancam), maka Allah akan menuntut (membalas pelaku itu) dengan hak (orang yang mengerjakan solat tersebut) dan sesiapa yang dituntut oleh Allah, tidak ada jalan keluar dan tempat lari (untuk pelaku itu).


 Ini merupakan janji yang pedih bagi sesiapa yang mengancam/memerangi orang yang mengerjakan solat, serta galakan untuk hadir mengerjakan solat subuh. 

Allah akan melontarnya (pelaku itu) dan membalikkannya ke dalam neraka.


(Rujuk al-Mufhim lima Asykala min Talkhis Kitab Muslim, 2/282)


NAUZUBILLAHIMIN ZALIK..


WALLAHU A'LAM ..


No comments:

SOLAT SUBUH DI AWAL WAKTU ..

 Solat Subuh di awal waktu menawarkan kelebihan besar seperti perlindungan Allah, pahala yang lebih baik dari dunia dan seisinya, hati lebih...