بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
79. Al Barr
The Most Kind And Righteous
Yang Maha Berbuat Baik / Maha Penderma / Maha Dermawan / Maha Bagus / Sumber Segala Kebaikan – Yang banyak membuat kebajikan, iaitu banyak kebaikanNya dan besar kenikmatan yang dilimpahkanNya.
.
Fadhilat Al Barr
Amalkanlah zikir ‘Ya Barr’ ini sebanyak mungkin setiap hari,
InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
Jika diucapkan
‘Ya Barr’
7 kali dan ditiupkan pada bayi yang baru lahir,
InsyaAllah ia akan mendapatkan perlindungan daripada segala bahaya.
Sesiapa menyebut ‘Ya Barr’ kepada anak-anaknya,
InsyaAllah ia akan dijauhkan daripada kemalangan.
Untuk memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca
‘Ya Barr’ sebanyak-banyaknya.
Sesiapa yang beristiqamah berzikir dengan ‘Ya Barr’,
InsyaAllah dia akan menjadi penyabar terhadap hambaNya, haiwan dan segala binatang, tentulah semuanya akan baik dan jinak kepadanya.
Seseorang yang menzikirkan ‘Ya Barr’
ini sebanyak-sebanyaknya setiap hari,
InsyaAllah kecintaan kepada dunia akan keluar daripada hatinya.
Jika ‘Ya Barr’
diucapkan 7 kali pada setiap hari,
InsyaAllah seseorang itu akan dapat membuang segala perangai buruknya seperti minum arak zina dan sebagainya.
Wallahu A’lam bishowab
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
https://shafiqolbu.wordpress.com/

No comments:
Post a Comment