Solat sunat sebelum Subuh, atau Solat Qabliyah Subuh/Fajar,
ialah solat sunat dua rakaat
yang dilakukan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardu Subuh.
Ia sangat dituntut (Sunnah Muakkad) dan nilainya lebih baik daripada dunia dan seisinya.
Dilakukan dengan ringkas, digalakkan membaca
surah Al-Kafirun dan Al-Ikhlas.
Panduan Pelaksanaan Solat Sunat Subuh
Niat:
Lafaz:
Usolli Sunnatas-Subhi Rak'ataini Qabliyyatan Lillahi Ta'ala
Maksud:
"Sahaja aku solat sunat sebelum Subuh dua rakaat kerana Allah Taala".
Rakaat Pertama:
Membaca surah Al-Fatihah diikuti surah Al-Kafirun.
Rakaat Kedua:
Membaca surah Al-Fatihah diikuti surah Al-Ikhlas.
Doa Selepas Solat:
Digalakkan membaca:
Allahumma Rabb Jibrila wa Israfila wa Mika'ila, wa Muhammadan an-Nabiyyi salla Allahu 'alayhi Wa Sallam, A'udzu Bika Minan-nar
(3 kali).
“Ya Allah, Tuhan Jibril, Israfil, Mikail dan Nabi Muhammad SAW, aku memohon perlindungan Mu daripada api neraka.”
Qadha:
Jika terlepas, boleh diqadha selepas solat fardu Subuh atau setelah matahari terbit.
Solat ini sangat diutamakan oleh Rasulullah SAW dan merupakan antara amalan sunat yang paling besar ganjarannya.
WALLAHU A'LAM ..



No comments:
Post a Comment