Tuesday, February 17, 2026

QS HUD 61 ..


QS HUD 61 ..


وَإِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا ۚ قَالَ يَا قَوْمِ اعْبُدُوا اللَّهَ مَا لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرُهُ ۖ هُوَ أَنْشَأَكُمْ مِنَ الْأَرْضِ وَاسْتَعْمَرَكُمْ فِيهَا فَاسْتَغْفِرُوهُ ثُمَّ تُوبُوا إِلَيْهِ ۚ إِنَّ رَبِّي قَرِيبٌ مُجِيبٌ

Dan kepada kaum Thamud, kami utuskan saudara mereka: Nabi Soleh. Ia berkata: "Wahai kaumku! Sembahlah kamu akan Allah! Sebenarnya tiada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Dia lah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu memakmurkannya. Oleh itu mintalah ampun kepada Allah dari perbuatan syirik, kemudian kembalilah kepadaNya dengan taat dan tauhid.


Sesungguhnya Tuhanku sentiasa dekat, lagi sentiasa memperkenankan permohonan hambaNya".


QS HUD 61 ..

Hukumnya ialah berdoa disunatkan dalam semua sujud dan tidak hanya khusus dalam sujud terakhir.


 Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda:


أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد ، فأكثروا الدعاء


Maksudnya:

 "Keadaan yang paling dekat seseorang hamba dengan Tuhan-nya ialah ketika dia bersujud. 

Maka perbanyakkanlah berdoa (pada waktu sujud)."


Riwayat Muslim dan al-Nasaie. 


Dibolehkan untuk memperbanyakkan doa sama ada secara lisan ataupun dalam hati 


 Terdapat khilaf untuk menggunakan bahasa selain Arab untuk berdoa secara lisan.  


Yang terpilih ialah berdoa menggunakan bahasa Arab secara lisan.

  
Adapun menggunakan bahasa Melayu contohnya, maka cukuplah di dalam hati. 


 Tetapi yang paling afdal, ikutilah sunnah Rasulullah SAW.
 
Wallahuaʿlam 

No comments:

SURAH TASBIH LEBIH BAIK DARI SERIBU AYAT ..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ سَبَّحَ لِلّٰهِ مَا فِى السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِۚ وَهُوَ الْعَزِيْزُ الْحَكِيْمُ ۝١ sabbaḫa lillâhi mâ f...