Thursday, February 19, 2026

SEDEKAH DI BULAN RAMADAN ..


Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Qudsi yang bermaksud:

“Setiap amalan manusia akan diganjarkan kebaikan semisalnya sehingga 700 kali ganda.


 Allah Azza Wa Jalla berfirman:

 ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’”

 (Hadis Riwayat Muslim)


Ganjaran pahala bagi mereka yang memberi orang berbuka puasa adalah sangat besar iaitu menyamai pahala orang diberi makan tersebut walaupun hanya dengan sebiji kurma sahaja.


 Baginda Nabi SAW bersabda maksudnya:

"Siapa yang memberi makan (saat berbuka) untuk orang yang puasa, maka dia mendapat pahala seperti pahala orang yang diberi makannya itu tanpa dikurangi sedikitpun dari pahalanya. 


(Hadis Riwayat At-Tirmizy, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaemah).


Puasa menyeru kita memberi makan orang yang kelaparan, memberi sebahagian rezeki kepada orang miskin dan melindungi orang fakir. Maka bulan Ramadan menjadi kesempatan bagi orang-orang yang gemar bersedekah, suka memberi dan dermawan.

Allah SWT memiliki dua malaikat yang berdoa pada setiap pagi salah satu daripadanya memohon:


 “Ya Allah berikanlah balasan orang yang berinfak.”

 Kemudian yang kedua pula berdoa:

 “Ya Allah timpakan kehancuran bagi orang yang tidak mahu berinfak”

 (Hadis Riwayat Muslim)


“Sedekah itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana air dapat memadamkan api” 

(Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan Al-Hakim)


Ibn ‘Uqbah bin Amir meriwayatkan Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

“Setiap orang akan berada dalam naungan sedekah yang pernah dikeluarkannya pada hari kiamat hingga nasibnya ditentukan bersama yang lainnya”


 (Hadis Riwayat Ahmad, Ibn Hibban dan Al-Hakim).


Berinfak bagi tujuan ihya’ Ramadan.


 Allah SWT berfirman maksudnya:


“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seumpama sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai serratus biji.


 Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. 

Dan Allah Maha Luas (KurniaNya) lagi maha mengetahui.


 (Surah Al-Baqarah ayat 261) 



WALLAHU A'LAM ..


No comments:

SURAH AL IKHLAS - QULHU ..

 Khasiat Surah Al-Ikhlas Hadis-hadis di atas menunjukkan betapa agungnya Surah Al-Ikhlas, kerana di dalam Surah Al-Ikhlas ini sepenuhnya men...