Thursday, August 8, 2024

ASMAULHUSNA AL GHANIYY AL MUGHNI ..




88. Al Ghaniy
The Enricher/ The Emancipator

Maha Memberi Kekayaan / Yang Maha Kaya / Serba Lengkap / Maha Kaya Raya – Maha Kaya serta Serba Lengkap, iaitu tidak berkehendakkan apa juapun dari yang selain ZatNya sendiri, tetapi yang selainNya itu amat mengharapkan padaNya.

88.Al-Ghani – Maha Kaya 
 
89.Al-Mughni – Maha Pemberi Kekayaan

Sesiapa menyebut 
‘Ya Ghaniy’ sebanyak 70 kali setiap hari,

 InsyaAllah akan diberikan kekayaan dan keberkatan.


89. Al Mughniy

The Enricher/ The Bestower of Wealth/ The Fulfiller of Needs

Maha Memakmurkan / Pemakmur / Maha Pemberi kekayaan / Maha Mengkayakan dan Memakmurkan – Zat yang memberi kekayaan dan kelebihan, iaitu menyediakan semua yang diperlukan dan memberikan kekayaan yang berlimpah-ruah kepada siapa saja yang dikehendaki dari golongan hamba-hambaNya.

Fadhilat Al Mughniy

Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Mughniy’, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

Apabila dibaca ‘Ya Mughniy’ pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, InsyaAllah akan memjadi kaya berkat kurniaan Allah SWT.

Sesiapa menyebut ‘Ya Mughniy’ sebanyak mungkin pada 10 kali Jumaat, InsyaAllah tidak akan mengalami kekurangan sesuatu apapun.

Wallahu A’lam ..

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


https://shafiqolbu.wordpress.com/

No comments:

4 KALIMAT TASBIH TAHMID TAHLILDAN TAKBIR ...

  KALIMAT ZIKIR MENGELILINGI ARSY    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ     Dari an-Nu’man bin Basyir berkata, Rasulullah SAW bersabda:  ...