Friday, August 30, 2024

SOLAT SUNAT TAUBAT DAN MANDI TAUBAT ..


 

Berikut ini bacaan untuk niat mandi taubat:

 

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِلتَّوْبَتِ عَنْ جَمِعِ الذُّنُوْبِ

 

Nawaitu guhsla littaubati ‘an jami’idzunuub

 

Maksudnya: 

 “Aku berniat mandi taubat dari segala dosa zahir dan batin.”

Selepas membaca niat di atas, ucapkan  “Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkahi dan Engkau adalah sebaik-baik yang memberi tempat” di dalam hati.

 

Selepas membaca niat tersebut, baca doa berikut:

 

“Ya Allah, aku berniat untuk taubat kepada-Mu dari segala dosa yang pernah aku lakukan. Terimalah taubatku ini, ya Allah. Sungguh, Engkau adalah sebaik-baik Dzat yang menerima taubat”.

 

Tatacara mandi taubat adalah:

 

1. Ucapkan niat

Seseorang itu harus mengucapkan niat dan doa seperti di atas.

2. Membersihkan anggota badan lain

Selepas selesai membasuh muka dan tangan. Basuh bahagian kemaluan, ketiak dan celah-celah lipatan badan. Bahagian ini harus dicuci dengan betul.

Gosok dan cuci semua anggota badan seperti kaki, tangan, leher dan lain-lain seperti hendak mengambil wuduk ketika solat. Apabila sudah selesai membersihkan anggota badan, baca doa taubat seperti di bawah.

 

3. Membaca doa taubat

 

اللّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لآاِلهَ اِلَّااَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَناَ عَبْدُكَ وَأَناَ عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوْذُ بِكَ من شَرِّمَاصَنَعْتَ. اَبُوْءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَي وَأَبُوْءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْلِي فَإِنَّهُ لاَيَغْفِرُ الذُّنُوْبَ اِلاَّ اَنْتَ

 

 

Allaahumma anta rabbii laa ilaaha illaa anta khalaqtanii wa ana’abduka wa ana’alaa ‘ahdika wa wa’dika mastatha’tu a’uudzubika min syarri maa shana’tu. abuu ulaka bini’matika ‘alayya wa abuu u bidzanbi fahghfirlii fa innahu laa yaghfirudz dzunuuba illaa anta.

 

 “Wahai Tuhan, Engkau adalah Tuhanku, tiada yang patut disembah melainkan hanya Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku dan aku adalah hamba-Mu, dan aku dalam ketentuan dan janji-Mu yang Engkau limpahkan kepadaku dan aku mengakui dosaku, karena itulah ampunilah aku, sebab tidak ada yang dapat memberi ampunan melainkan Engkau wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan apa yang telah aku perbuat.”

 

RUKUN TAUBAT ADA TIGA (3)

 

1. Menyesal dalam hati

Menyesal di dalam hati dengan perbuatan seperti maksiat yang telah dilakukan. Hati perlu benar-benar menyesali segala dosa yang telah dibuat.

 

2. Ucapkan istighfar

 

Setelah menyesali perbuatan maksiat tersebut, anda harus mengucapkan dengan lidah seperti istighfar.

 

3. Bertekad tidak mengulangi lagi

 

Setelah menyesali dan membaca beristigfar, anda harus bertekad untuk tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan seperti maksiat dan lain-lain.

 

Pastikan anda benar-benar bertekad supaya tidak membuat lagi perbuatan ini.

 

WALLAHU 'ALAM ..

 

No comments:

4 KALIMAT TASBIH TAHMID TAHLILDAN TAKBIR ...

  KALIMAT ZIKIR MENGELILINGI ARSY    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ     Dari an-Nu’man bin Basyir berkata, Rasulullah SAW bersabda:  ...