Monday, August 5, 2024

Kelebihan dan keutamaan Solat SUBUH ..


Dalam sebuah hadis daripada Jundab b. Abdullah r.a. katanya, 
 
Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Sesiapa yang mengerjakan solat Subuh nescaya ia berada di dalam lindungan Allah.
 
 Oleh itu janganlah sampai Allah menuntut daripada kamu sesuatu daripada tanggungannya (zimmah) nescaya Dia (Allah) dapatkannya kemudian Dia (Allah) menyembamkan mukanya ke dalam api neraka” 
 
(HR Muslim)

Kelebihan Solat Subuh

Terdapat banyak lagi kelebihan bagi mereka yang mendirikan solat subuh antaranya 
 
sabda Baginda s.a.w.

“Para malaikat malam bertukar dengan para malaikat siang dan mereka berhimpun pada waktu solat subuh dan solat asar. 
 
Mereka kemudian naik ke langit dan Allah bertanya mereka dan Dia lebih mengetahui, 
 
“Bagaimana kamu tinggalkan hamba Ku?”
 
 para malaikat menjawab, 
 
“Kami tinggalkan mereka dalam keadaan menunaikan solat dan kami bertemu dengan mereka juga dalam keadaan menunaikan solat, ampunkanlah mereka di hari pembalasan” 
 
(Muttafaqun alaih)

“Dan (dirikanlah solat subuh). Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (para malaikat).” 
 
(surah al-Isra: 78)

Dari Umarah r.a. berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Tidak akan masuk neraka seorang yang solat sebelum terbitnya matahari (subuh) dan terbenamnya matahari (Asar)” 
 
(HR Muslim)

Baginda s.a.w. kepada umatnya yang bangun solat subuh. 
 
Sabda Baginda s.a.w.

“Ya Allah! berkatilah umatku, selama mana mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)” 
 
(HR Turmizi & Abu Daud)
 

No comments:

4 KALIMAT TASBIH TAHMID TAHLILDAN TAKBIR ...

  KALIMAT ZIKIR MENGELILINGI ARSY    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ     Dari an-Nu’man bin Basyir berkata, Rasulullah SAW bersabda:  ...