Saturday, August 24, 2024

ASMAULHUSNA AS SOMAD ..



68. As Somad
The Self Sufficient/ The Impregnable/ The Eternally Besought of All/ The Everlasting

Yang Maha Diperlukan/ Tempat Meminta / Yang Maha Menjadi Tumpuan– Tempat bergantung bagi semua makhlukNya, tempat bergantung harap bagi sesiapa memohon sesuatu yang penting dan perlu diselesaikan ataupun sebarang masalah yang harus dihilangkan. Iaitu selalu menjadi tempat tujuan dan harapan orang di waktu ada sesuatu hajat dan keperluan.

 

Fadhilat As Somad
 

Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka mohonlah kepada Allah SWT dengan zikir ‘Ya Somad’ ini sebanyak mungkin, InsyaAllah diri akanberasa segar sentiasa.
 

Untuk memohon apa saja yang dihajati. 
 
Dibacakan ‘Ya Somad’ sebanyak 313 kali setiap hari, yang dilakukan dalam keadaan berpuasa selama tiga hari, InsyaAllah akan dikabulkan segala macam hajatnya.
 
Sesiapa menyebut ‘Ya Somad’ berulang-ulang dalam keadaan berwuduk, InsyaAllah akan ditunaikan kehendaknya dan yang mana ia tidak mahukan/perlukan bantuan orang lain.
 

Sesiapa yang sujud pada waktu sahur dan mengulangi menyebut ‘Ya Somad’ sebanyak 15 X, InsyaAllah akan diberikan kepadanya kebenaran yang sangat bernilai.
 

Wallahu A’lam bishowab

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

 

 

.https://shafiqolbu.wordpress.com/




No comments:

AL QURAN ~ PERTOLONGAN ALLAH SWT ..

 ﻭﻗﺎﻝ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ : ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ ﻛﻼﻣﻲ ﻭﺃﻧﺎ ﻫﻮ، ﻣﻦ ﻗﺎﻟﻬﺎ ﺩﺧﻞ ﺣﺼﻨﻲ، ﻭﻣﻦ ﺩﺧﻞ ﺣﺼﻨﻲ ﺃﻣﻦ ﻣﻦ ﻋﻘﺎﺑﻲ Nabi Muhammad...