PANDANGAN ULAMA BESERTA DALIL
Jumhur ulama dan fuqaha’ mengharamkan alat muzik.
Menurut Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah pula, mendengar nyanyian (atau alat muzik) menimbulkan mudarat yang dahsyat terhadap agama seseorang, tidak ada cara lain selain dengan menutup jalan agar tidak mendengarnya.
Imam Ibn Hajar al-Haitami pula setelah beliau menukilkan ijmak akan pengharaman alat muzik, telah menyatakan bahawa sesiapa yang menyatakan bahawa ada khilaf dalam isu ini, dia telah melakukan kesilapan atau dikuasai hawa nafsu, hingga ia memekakkannya dan membutakannya (daripada mendengar dan melihat kebenaran).
Kata Ibn Qudamah, barangsiapa yang menjadikan muzik sebagai satu pekerjaan, atau mengambil kanak-kanak dan hamba untuk menyanyi dan dihadiri oleh orang ramai, maka orang seperti itu tidak diterima kesaksian daripadanya.
Manakala di sisi mereka yang mengharamkan muzik, ia merupakan satu dosa dan pelakunya dikira menzahirkan kemaksiatan dan kefasikan.
(Rujuk Al-Mughni, 10/156)
(Rujuk Kaff al-Ri’aa, hal. 118)
Kata Ibn Qudamah, barangsiapa yang menjadikan muzik sebagai satu pekerjaan, atau mengambil kanak-kanak dan hamba untuk menyanyi dan dihadiri oleh orang ramai, maka orang seperti itu tidak diterima kesaksian daripadanya. Ini kerana muzik di sisi mereka yang tidak mengharamkannya, merupakan satu kebodohan, kerendahan dan menjatuhkan maruah.
Imam al-Qurthubi juga meriwayatkan pandangan al-Qaffal, bahawa tidak diterima penyaksian penyanyi dan penari. Tambah al-Qurthubi, oleh kerana itu, mengambil upah dan pendapatan daripada aktiviti nya
Imam al-Qurthubi juga meriwayatkan pandangan al-Qaffal, bahawa tidak diterima penyaksian penyanyi dan penari. Tambah al-Qurthubi, oleh kerana itu, mengambil upah dan pendapatan daripada aktiviti nyanyian dan tarian juga tidak diharuskan.
(Rujuk Tafsir al-Qurthubi, 14/56)
Dalil-Dalil Pengharaman
Para ulama yang mengharamkan muzik berhujah berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an dan hadith, antaranya firman Allah SWT:
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِين
Maksudnya:
Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah tanpa pengetahuan dan menjadikan jalan Allah itu olok-olokan. Mereka itu akan memperoleh azab yang menghinakan.
Surah Luqman (6)
Kata Ibn ‘Abbas sewaktu mentafsirkan ayat ini, ia merujuk kepada muzik, manakala Mujahid berpandangan ia merujuk kepada al-Lahwu dan al-Tobl. Al-Hasan al-Basri pula menyatakan ayat ini diturunkan berkenaan muzik dan al-mazamir.
(Rujuk Tafsir al-Tobari, 21/40 dan Tafsir Ibn Kathir, 3/451)
Selain itu, sabda Nabi SAW:
لا تَبِيعُوا الْقَيْنَاتِ وَلاَ تَشْتَرُوهُنَّ وَلاَ تُعَلِّمُوهُنَّ وَلاَ خَيْرَ فِي تِجَارَةٍ فِيهِنَّ وَثَمَنُهُنَّ حَرَامٌ . فِي مِثْلِ ذَلِكَ أُنْزِلَتْ عَلَيْهِ هَذِهِ الآيَةُ : (ومِنَ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ ) إِلَى آخِرِ الآيَةِ .
Maksudnya:
Janganlah kalian menjual penyanyi-penyanyi wanita, atau membeli mereka, atau mengajar mereka menyanyi.
Tidak ada kebaikan pada urus niaga melibatkan mereka, dan nilaian harga mereka adalah haram.
Dan kerana kes seumpama inilah diturunkan ayat (yang bermaksud):
“ Dan di antara manusia (ada) orang yang mempergunakan perkataan yang tidak berguna untuk menyesatkan (manusia) dari jalan Allah”
Sunan Tirmizi (3195)
Nabi SAW juga bersabda:
لَيَكُونَنَّ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ، يَسْتَحِلُّونَ الحِرَّ وَالحَرِيرَ، وَالخَمْرَ وَالمَعَازِفَ
Maksudnya:
Akan ada di antara umatku, satu kaum yang menghalalkan zina, sutera (untuk lelaki), arak dan alat musik.
Sahih al-Bukhari (5590)
Nabi SAW juga pernah bersabda:
لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِي الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا يُعْزَفُ عَلَى رُءُوسِهِمْ بِالْمَعَازِفِ وَالْمُغَنِّيَاتِ يَخْسِفُ اللَّهُ بِهِمُ الأَرْضَ وَيَجْعَلُ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ
Maksudnya:
Manusia daripada kalangan umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan nama selain arak, alat muzik akan dimainkan untuk mereka dan penyanyi wanita menyanyi untuk mereka.
Allah SWT akan menjadikan bumi menelan mereka dan menukar mereka menjadi monyet dan babi.
Sunan Ibn Majah (4020)
No comments:
Post a Comment