Saturday, November 2, 2024

DOA ISMUL A'ZHAM ZAID BIN HARITSAH RA ..



DOA ISMUL A'ZHAM ZAID BIN HARITSAH RADHIALLAHU 'ANHU.

Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
 
 “Wahai Zaid, engkau telah di ajar oleh Allah Subhanahu wa ta'ala kalimah Ismul ‘Akzham, 
 
sesiapa yang berdoa dengannya akan diperkenankan, dan sesiapa yang meminta dengannya akan di beri dengan segera.”
 

[Ya Allah, Maha Pencinta 3x  ALLAHUMMA YA WADUD 
YA WADUD YA WADUD
Wahai Pemilik Arasy Yang Mulia, 
Wahai Zat Yang Menzahirkan, 
Wahai Zat Yang Mengembalikan, 
Wahai Zat Yang Berbuat SekehendakNya, 
aku memohon padaMu demi Nur wajahMu yang memenuhi seluruh ruang ArasyMu, 
dan demi QudratMu yang telah Engkau taqdirkan ke atas sekelian makhlukMu, 
dan demi RahmatMu yang meliputi setiap sesuatunya, 
tiada Tuhan melainkan Engkau, 
demi RahmatMu yang memberi pertolongan, 

Wahai Zat Yang Menolong orang yang meminta pertolongan, tolonglah aku 3x].

Suatu peristiwa telah berlaku pada Zaid bin Haritsah RadhiAllahu 'anhu iaitu anak angkat Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam, juga panglima perang islam yang sangat disayangi.

Zaid RadhiAllahu 'anhu sedang berhadapan dengan seorang musuh yang ganas dengan pedangnya terhunus dari suku Kurdi.
 
 Orang itu berkata,
 “Wahai Zaid, 
bersiaplah untuk mati!”
 
Zaid RadhiAllahu 'anhu menjawab, “tunggulah sebentar, 
aku ingin solat dahulu.”

Maka Zaid RadhiAllahu 'anhu kemudian bersolat 2 rakaat. 
 
Selesai bersolat, Zaid lalu menghadap wajahnya ke langit, menadah kedua tangannya dan berdoa dengan doa yang tersebut di atas.

Tidak lama kemudian, datanglah seorang yang tidak dikenali menunggang kuda dengan pedang terhunus, lalu bertempur dengan musuh Zaid RadhiAllahu 'anhu.
 
 Akhirnya musuh Zaid RadhiAllahu 'anhu pun terkorban.

Kemudian pendatang baru itu berkata pada Zaid RadhiAllahu 'anhu,
 
 “Waktu engkau berdoa pertama kalinya, ketika itu aku sedang berada di atas langit ke7, aku di perintah oleh Jibril untuk turun membantumu.

Ketika engkau berdoa kedua kalinya, aku telah berada di langit dunia.

Dan ketika engkau berdoa ketiga kalinya, aku kini berada di hadapan musuhmu. 
 
Ketahuilah hai Zaid RadhiAllahu 'anhu, bahawa sesiapa yang berdoa dengan doamu ini, akan diperkenankan Allah Subhanahu wa ta'ala di saat itu juga.”

Ketika Zaid RadhiAllahu 'anhu pulang ke Madinah, dia memberitahu peristiwa tersebut kepada Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam. 
 
Rasulullah Sollallahu 'alaihi wa sallam lalu bersabda, 
 
“Wahai Zaid RadhiAllahu 'anhu, engkau telah di ajar oleh Allah Subhanahu wa ta'ala kalimah Ismul A'zham,
 sesiapa yang berdoa dengannya akan diperkenankan, dan sesiapa yang meminta dengannya akan di beri dengan segera.”

(Dari kitab Syamsul Maarif juz 2, juga kitab Fathul Malikil Majid, 62)

Allahumma Yaa Wadud 3x
Ya Allah Yang Maha Pengasih

Yaa Dzal 'Arsyil Majid
Tuhan yang memiliki 'arasy yang mulia

Yaa Mubhi'u Yaa Mu'id
Tuhan yang menzahirkan dan yang mengembalikan

Yaa Fa'alan Limaa Yurid
Tuhan yang membuat apa yang Dia inginkan

As Aluka Bin Nuuri Wajhikal Karimi Malaa-al Arkaana 'arsyika
Aku bermohon kepadaMu dan nur zatMu yg memenuhi sekelian 'arasyMu

Wa Bi Qudratikal Ladzi Qaddarta Bihaa 'alaa Jamii'i Khalqika
Dan dengan Kudrat-Mu yg telah Engkau anugerahkan kepada seluruh makhluk-Mu

Wa Bi Rohmatikal Ladzi Wasi'at
Dan dengan Rahmat-Mu yg meluas kpd taip-tiap sesuatu

WA Birohmatikal-latii Wasi'at Kulla Syai'in
Dan dengan Rahmat-Mu yang meluas kepada tiap-tiap sesuatu

Laa ilaaha illa Anta
Tiada Tuhan selain Engkau wahai Tuhanku

Yaa Ghayyaa-tsal Mus-taghiistiina Aghitsnii
Tuhan yang memberi pertolongan kepada yg meminta tolong, berilah aku pertolongan.

(Tertakluk pada pembetulan)

WALLAHU A'LAM...

No comments:

4 KALIMAT TASBIH TAHMID TAHLILDAN TAKBIR ...

  KALIMAT ZIKIR MENGELILINGI ARSY    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ     Dari an-Nu’man bin Basyir berkata, Rasulullah SAW bersabda:  ...