Monday, November 11, 2024

NAMA 8 PINTU SYURGA DAN PENGHUNI NYA ..



Syurga ini mempunyai tingkat dan penghuninya yang berbeza mengikut amalan yang telah dilakukan semasa hidup di dunia. 
 
Terdapat 8 nama-nama syurga yang telah dijanjikan oleh Allah SWT akan ganjaran oleh-Nya yang mentaati dan bertaqwa kepada-Nya yang disebut di dalam Al-Quran antaranya adalah: 
 
Syurga Firdaus 
( الْفِرْدَوْسِ ),
 
 iaitu syurga yang tertinggi sekali darjatnya di antara banyak syurga.
 
 Dari syurga inilah mengalirnya sungai-sungai syurga. 
 
Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 107 :
 
 إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا 
 
Maksudnya: 
 
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).” 
 
(Surah al-Kahfi 18:107)
 
 Syurga ini dicipta Allah dari emas yang merah. 
 
 Ciri-ciri penghuni Syurga Firdaus adalah: 
 
Para syuhada’ yang mati syahid kerana berjuang ke jalan Allah, para nabi dan rasul 
Orang yang membayar zakat 
 Orang yang memelihara amanah-amanah (yang dipikulnya) dan janjinya 
Orang yang memelihara solat 
 Orang yang berpaling dari pekerjaan yang sia-sia 
Orang yang menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka 
 
Syurga Adn/Adnin Syurga Adn ( عَدْنٍ )
Firman Allah SWT:
 
 جَنَّاتِ عَدْنٍ مُفَتَّحَةً لَهُمُ الْأَبْوَابُ 
 
 Maksud: 
 
“Iaitu beberapa buah Syurga tempat penginapan yang kekal, yang terbuka pintu-pintunya untuk mereka;” 
 
(Surah Sad 38:50)
 
 Syurga ini dicipta oleh Allah SWT daripada mutiara yang putih.
 
 Ciri-ciri penghuni Syurga Adn adalah : 
 
Orang yang beriman dan beramal soleh 
Orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Allah berikan kepada mereka secara bersembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan 
Orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh 
Orang yang benar-benar bertakwa
 Orang yang membalas kejahatan dengan kebaikan Syurga Naim 
 
 Syurga Naim ( النَّعِيمِ ). 
 
Syurga ini banyak sekali disebutkan secara tegas di dalam al-Quran. 
 
Di antaranya ialah firman Allah SWT:
 
 إِنَّ لِلْمُتَّقِينَ عِنْدَ رَبِّهِمْ جَنَّاتِ النَّعِيمِ 
 
 Maksudnya: 
 
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan bagi mereka taman-taman Syurga yang penuh nikmat, di sisi Tuhan mereka.” 
 
(Surah al-Qalam 68:34) 
 
Syurga ini dicipta oleh Allah dari perak yang putih. 
 
Ciri-ciri penghuni Syurga Na’im adalah : 
 
Orang yang beriman dan beramal soleh Orang yang bertakwa Syurga 
Ma’wa 
 
Syurga Ma’wa (الْمَأْوَىٰ). 
 
Di antara firman Allah SWT tentang syurga al-Makwa ialah: 
 
 عِنْدَهَا جَنَّةُ الْمَأْوَىٰ 
 
Maksudnya:
 
 “Yang di sisinya terletak Syurga “Jannatul-Makwa”
 
 (Surah An-Najm 53:15) 
 
 Syurga ini dicipta oleh Allah dari zamrud yang hijau. 
 
Ciri-ciri penghuni Syurga Ma’wa adalah :
 
 Orang yang bertakwa kepada Allah S.W.T.
 Orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh 
Orang yang takut kepada kebesaran Allah S.W.T. 
dan menahan diri dari menuruti hawa nafsu Syurga Darus-Salam 
 
 Syurga Darus-Salam (دَارُ السَّلَامِ). 
 
Allah berfirman:
 
 لَهُمْ دَارُ السَّلَامِ عِنْدَ رَبِّهِمْ ۖ وَهُوَ وَلِيُّهُمْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ 
 
 Maksudnya: 
 
“Bagi merekalah Syurga Darus-Salaam (tempat tinggal yang aman sejahtera) di sisi Tuhan mereka, dan Dia lah Penolong mereka, disebabkan amal-amal (yang baik) yang mereka telah kerjakan.” 
 
 (Sura Al-An’am 6:127) 
 
Syurga ini dicipta Allah dari yakut yang merah yakni sejenis permata yang mahal. 
Kata ‘Darus-Salam ( دَارُ السَّلَامِ ) bererti tempat yang penuh dengan kedamaian dan keselamatan, iaitu di rumah Allah dan juga merupakan salah satu dari nama-nama Allah 99 itu. 
 
Ciri-ciri penghuni Syurga 
Dar al-Salam adalah : 
 
 Orang yang kuat iman dan Islamnya
 Orang yang memerhatikan 
ayat-ayat al-Quran dan 
mengamalkannya dalam kehidupan
 seharian kerana Allah S.W.T.
 
 Syurga Darul-Muqamah 
 
Syurga Darul-Muqamah ( دار المقامة) . 
 
Firman Allah tentang syurga ini 
terdapat dalam 
Surah Fatir ayat 34 – 35:
 
 
 وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنَّا الْحَزَنَ ۖ إِنَّ رَبَّنَا لَغَفُورٌ شَكُورٌ الَّذِي أَحَلَّنَا دَارَ الْمُقَامَةِ مِنْ فَضْلِهِ لَا يَمَسُّنَا فِيهَا نَصَبٌ وَلَا يَمَسُّنَا فِيهَا لُغُوبٌ 
 
 Maksud:
 
 “Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: 
 
“Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; 
 
Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat);” 
 
[Ayat 34]
 
 “Tuhan yang telah menempatkan kami di tempat tinggal yang kekal (syurga), dengan limpah kurniaNya semata-mata. 
 
Kami tidak akan merasa penat lelah di situ, dan Kami juga di situ tidak akan merasa letih lesu”. 
 
[Ayat 35] (Surah Fatir 35: 34-35) 
 
Dinamakan Darul-Muqamah kerana orang-orang yang masuk di dalamnya akan tinggal selama-lamanya dan tidak mati. 
 
 Ciri-ciri penghuni Syurga Darul Muqamah adalah: 
 
 Orang-orang yang sentiasa berpegang teguh kepada iman dan islam. Orang yang sentiasa banyak melakukan amal soleh. 
 
Syurga al-Maqamul Amin 
 
 Syurga al-Maqamul Amin ( مقام الأمين)
 
 sebagaimana yang difirmankan 
Allah SWT :
 
 إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي مَقَامٍ أَمِينٍ 
 
Maksudnya:
 
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa (Syurga). 
 (Surah Ad-Dukhan 44:51) 
 
Di Maqamul Amin penuh dengan kedamaian, jauh dari segala keburukan dan hal-hal yang dibenci. 
 
Ciri-ciri penghuni Syurga Maqamul Amin adalah: 
 
 Orang yang sentiasa beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T. 
 
Di syurga kelak ada satu pintu khas hanya untuk orang-orang yang berpuasa sahaja dapat memasukinya iaitu dikenali sebagai Pintu ar-Rayyan. 
 
Syurga Khuldi Syurga Khuldi ( الْخُلْدِ ).
 
 Allah SWT berfirman mengenai syurga ini:
 
 قُلْ أَذَٰلِكَ خَيْرٌ أَمْ جَنَّةُ الْخُلْدِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ ۚ كَانَتْ لَهُمْ جَزَاءً وَمَصِيرًا 
 
Maksudnya:
 
 “Bertanyalah (kepada mereka): “Adakah (azab seksa neraka) yang demikian itu lebih baik atau Syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?” 
 
Syurga yang sedia diuntukkan bagi mereka sebagai balasan dan tempat kembali.” 
 
 (Surah Al-Furqan 25:15) 
 
 Syurga ini dicipta Allah swt dari marjan merah dan kuning. 
 
Ciri-ciri penghuni Syurga Khuldi adalah : 
 
 Orang yang taat menjalankan perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya 
 
 
Sumber: Sahabat Pencinta al-Quran via Bahagian Dakwah, JAKIM

Jumlah Umat Muhammad yang Masuk Surga Tanpa Hisab

Masih dalam buku yang sama, berdasarkan sebuah riwayat bahwa sejumlah umat Muhammad SAW yang akan masuk surga tanpa hisab sebanyak 70 ribu orang. 

 

Rasulullah SAW bersabda,

"Tuhanku telah menjanjikan kepadaku bahwa 70 ribu orang lagi dan tiga genggam orang yang akan diambil oleh Tuhanku (artinya jumlahnya akan sangat besar sekali)." 

(HR Ahmad, Tirmizi, dan Ibnu Hibban)

 

Dalam hadits lain, Rasulullah SAW bersabda,

"Aku telah diberi 70 ribu orang dari umatku yang akan masuk surga tanpa hisab. 

Wajah-wajah mereka seumpama bulan purnama, dan hati mereka satu.

 Aku meminta kepada Allah SWT supaya ditambah lagi, dan 

Dia memberiku, untuk masing-masing mereka, 70 orang lagi."

 (HR Ahmad)

 

WALLAHU 'ALAM ..


No comments:

4 KALIMAT TASBIH TAHMID TAHLILDAN TAKBIR ...

  KALIMAT ZIKIR MENGELILINGI ARSY    بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ     Dari an-Nu’man bin Basyir berkata, Rasulullah SAW bersabda:  ...