Friday, November 22, 2024

ASMAULHUSNA AL HAFIZ ..

. Al Hafizh
The Preserver

Maha Menjaga / Yang Maha Memelihara / Maha Pemelihara / Maha Pelindung – Ia memelihara segala-galanya, serba lengkap dan pada suatu ketika menghindarkannya dari kehilangan dan malapetaka. Iaitu menjaga segala sesuatu jangan sampai rosak dan goyah. Juga menjaga segala amal perbuatan hamba-hambaNya, sehingga tidak akan disia-siakan sedikit pun untuk memberikan balasanNya.

.

Fadhilat Al Hafizh

.

  • Dizikirkan ‘Ya Hafiiz’ sebanyak 99 X, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

.

  • Sesiapa menyebut ‘Ya Hafiiz’ 16 kali sehari, InsyaAllah ia akan diselamatkan dari malapetaka.

.

  • Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca ‘Ya Hafiiz’ sebanyak 99 X pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan tersebut di atas.

.

  • Sesiapa mengamalkan zikir ‘Ya Hafiiz’ setiap hari serta menyimpan bersamanya kertas bertulis Al Hafidz ( الحفيظ ), Allah akan melindunginya daripada segala bahaya, kerugian dan perkara-perkara yang mengancam.

.

.

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

.

https://shafiqolbu.wordpress.com/


No comments:

Zikir La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin (doa Nabi Yunus) ..

Zikir La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minaz zalimin (doa Nabi Yunus) mempunyai kekuatan luar biasa untuk melepaskan diri daripada ke...