Tuesday, June 4, 2024

AMALAN DI AWAL 10 ZUL HIJJAH ..



Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

 

اَلْعُمْرَةُ إِلَى اَلْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا, وَالْحَجُّ اَلْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا اَلْجَنَّةَ

 

“Satu umrah ke satu umrah berikutnya adalah kaffarah (penebus dosa-dosa) antara keduanya.

Dan haji yang mabrur tiada balasan untuknya kecuali Syurga.”

(HR al-Bukhari & Muslim)

 

Bagi ummat ISLAM yang tidak mempunyai kesempatan untuk mengerjakan ibadah haji, ALLAH `Azza wa Jalla tetap menyediakan keistimewaan yang besar untuk direbut pada 10 hari pertama bulan Dzulhijjah.

 

Apakah amalan-amalan itu?

 Memperbanyakkan amalan soleh dan ibadah sunat sepanjang 10 hari pertama pada bulan Dzulhijjah.

Dari Ibnu `Abbas radhiAllahu `anhuma bahawa Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam telah bersabda:

“Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi ALLAH selain dari hari-hari ini iaitu hari yang sepuluh ini

(10 hari awal bulan Dzulhijjah).”

Para sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah, walaupun berjihad di jalan ALLAH?”

Baginda bersabda: 

“Walaupun berjihad pada jalan ALLAH, kecuali lelaki yang keluar berjihad membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (mati syahid).”

 (HR al-Bukhari)

 

No comments:

DOA REZEKI YANG HALAL DAN CUKUP ..

  Imam Nawawi rahimahullah menyebut:  “ Yang dikehendaki dengan maksud hutang adalah kewajiban pada Allah SWT dan kewajiban terhadap hamba...